Syaaban

on Wednesday, September 07, 2005

Syaaban bawa banyak kebaikan dengan nilai kebajikan berlipat ganda
UMAT Islam kini berada pada Syaaban, yang menandakan hampirnya kita dengan bulan penuh keberkatan iaitu Ramadan. Syaaban bererti berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Apabila Nabi Muhammad SAW datang, Baginda mengekalkan nama itu hingga sekarang. Rasulullah menjelaskan bahawa Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai kebajikan dilipat gandakan bagi mereka yang melaksanakan ibadat atau amal salih dengan penuh kesungguhan serta keikhlasan.Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan rasul-Nya yang lebih mengetahui."Baginda lalu bersabda: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."Antara peristiwa penting dalam Syaaban ialah:
· Malam Nisfu SyaabanDaripada Abi Hurairah daripada Nabi Muhammad bersabda maksudnya: "Telah datang Jibril pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata: `Ya Muhammad, pada malam ini pintu langit dan pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua-dua tanganmu ke langit!"Sabda Baginda: "Hai Jibril, apakah erti malam ini?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang yang suka permusuhan dan pergaduhan, peminum arak, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua-dua orang tua, orang yang suka mengadu-domba (batu api) dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya hingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."Maka pergilah Nabi Muhammad mengerjakan sembahyang serta menangis dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksa-Mu dan murka-Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepada-Mu, sebagaimana Engkau memuji kepada-Mu sendiri, maka segala puji bagi-Mu hingga Engkau reda." (Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin)
· Penukaran arah kiblat.Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah dan sahabat berkiblatkan Baitulmaqdis. Perkara ini mencetuskan kontroversi pada waktu itu.Umat Yahudi mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredai Allah kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitulmaqdis.Umat Islam dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan ujian. Sahabat mengadu kepada Rasulullah dan Baginda menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu hingga ada perintah baru daripada Allah.Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar terhadap apa yang berlaku pada ketika itu. Allah mewahyukan agar Rasulullah solat mengadap ke Baitullah Kaabah.Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah menerima wahyu perintah menghadap Baitullah pada 15 Syaaban ketika mengimamkan solat.Sebahagian lagi mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada Isyak.Rasulullah sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh sahabat sebagai makmum.
· Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')Bani Mustaliq ialah salah satu puak daripada kaum Yahudi. Mereka merancang untuk membunuh Rasulullah dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah oleh seorang sahabat daripada puak Badwi.Peperangan ini adalah turutan daripada peperangan Bani Quraizah, kaum Yahudi yang dihalau Rasulullah keluar dari Madinah.Peristiwa ini berlaku pada Syaaban tahun kelima Hijrah. Tentera Muslimin dapat melumpuhkan pahlawan Bani Mustaliq.

0 Koman & Cadangan: