Sekadar satu cerita dan melepaskan pendapat.
TIDAK sangka, suami memendam rasa semata-mata kerana benci pada baju kelawar...
CIK Yah suka pergi pasar malam. Bukan kerana malas memasak jadi beli Yong Taufu bagi anak-anak makan tetapi kerana Cik Yah suka membeli tudung dan baju tidur ala kelawar di situ. Hobi itu membuatkan almari Cik Yah tenat dengan tudung sehingga terpaksa diperokkan ke bawah katil. Hilang terus di bawah katil, setahun kemudian baru jumpa.
Baju kelawar juga memang Cik Yah suka benar. Kata saja baju tidur tetapi sebenarnya bukan setakat dipakai waktu tidur tetapi boleh dikatakan sepanjang waktu. Memakai baju longgar berangin dan terkembang-kembang sebegitu, memasak boleh, bersantai tengok tv boleh, siram pokok bunga boleh, silap-silap ke pasar raya di taman perumahan pun Cik Yah pakai baju kelawar. Pakai saja tudung, hah, lengkap sudah gaya anggun Cik Yah.
Memang selesa benar baju kelawar ni. Dan kemunculan baju kelawar ini memberi impak positif dalam perkembangan basuh-membasuh pakaian. Yalah, baju ini senang kering dan tak susah payah dijaga. Semakin lama, semakin lusuh, semakin menjadi baju kegemaran Cik Yah. Jiran-jiran Cik Yah ramai yang sependapat dan berkongsi minat sehinggakan Cik Yah rasa kami patut menubuhkan kelab 'isteri-isteri kelawar'.
Alahai... Namun tak sangka pula dalam seronok-seronok kami bersantai dan gembira dengan kewujudan rekaan sensasi baju kelawar ada kalangan kawan wanita Cik Yah yang menderita. Semuanya gara-gara baju kelawar inilah. Dia dicerai suami dan antara sebabnya, si suami lemas dengan gayanya yang suka berkelawar. Alahai. Buruk benarkah baju kelawar ni? Sembang Cik Yah bersama ahli-ahli kelab.
Maka Cik Yah pun bertanyalah pada rakan-rakan sepejabat lelaki tentang fenomena standard yang menyerang isteri mereka. "Bini aku pakai baju kelawar, maid indon pula pakai baju T dan seluar ketat, kau fikir siapa yang aku suka tengok, hahaha," begitu gelak gempita umpama jin seorang lelaki yang perutnya seperti wanita mengandung enam bulan. "Buruk sangatkah wanita pakai baju kelawar?" "Bukan buruk tetapi membosankan," sambungnya lagi. Alah, itu alasan tidak konkrit. Dibalikkan cerita maid muda itu pula pakai baju kelawar, seksi juga pandangan mata jalang si lelaki.
Seorang lagi teman lelaki berkata, "Kalau isteri pakai baju kelawar aku anggap dia tak hargai kehadiran suami di rumah. Hari-hari baju kelawar, macam tak ada baju lain. Sebab itu aku 'haramkan' baju kelawar di rumah aku."
Wah, begitu sekali ya lelaki anti baju kelawar. Agak-agaknya sama juga dengan anti kita pada lelaki yang berkait pelekat, pagi petang siang malam dengan alasan suka suasana berangin. Opps... Kalau begitu, kalau sudah suami tak suka, atau mungkin dia tidak suka tetapi tak berani cakap, tak payahlah berkelawar selalu sangat. Mungkin kita suka tetapi suami tak suka. Kita selesa tetapi dia lemas pula jadi kenalah bertolak ansur. Berkelawarlah jika suami tak ada, bila dia ada pakailah baju kurung raya tahun sudah yang baru dua kali kita pakai.
Jadi mulai hari ini, kalau ke pasar malam, Cik Yah cuba untuk tidak jeling-jeling lagi kepada baju kelawar. Alahaiii...

2 Koman & Cadangan:
pandailah lah ko kerepek
Samalah kita, bang MAT pun tak berkenan benor tengok baju tur. Sekali tengok memang macam kelawar, dua kali tengok dah roper badman pulak kadang keluangman
Post a Comment