Rokok mungkin satu-satunya produk yang sah dan diiklankan serta dihisap oleh kebanyakan individu, yang mana mempunyai kapasiti tinggi untuk memusnahkan sistem dalam badan manusia.
Nikotin merupakan racun alkaloid yang ditemui secara semula jadi dalam tembakau, adalah merupakan rangsangan yang sangat kuat pada otak dan pusat sistem saraf. Nikotin menyebabkan tekanan darah meningkat dan seterusnya meningkatkan denyutan jantung sebanyak 33 degup dalam seminit.
Dos nikotin pertama yang diambil secara harian akan merangsang usus besar dan menahan selera makan serta melambatkan proses penghadaman. Ia juga menurunkan suhu badan dan mengurangkan peredaran darah pada kaki dan tangan.
Nikotin, untuk penghisap rokok yang baru, akan menyebabkan rasa mual, malahan ia selalu membawa rasa mual kepada perokok yang mengambilnya terlalu banyak. 60 miligram nikotin yang diambil dalam satu masa boleh membunuh orang dewasa dengan cara menghentikan pernafasan
Ia adalah senjata pembunuh seperti 'cyanide'. Sebab kenapa ia tidak membunuh perokok dengan cepat adalah kerana mereka mengambilnya dalam dos yang kecil, yang mana akan segera di metabolisme dan dibuang oleh sistem badan.
Tar pada rokok diperbuat oleh beberapa ribu jenis bahan kimia, yang mana kebanyakannya dikaitkan dengan penyakit-penyakit. Antaranya adalah asid, glycerol, glycol, alchohol, aldehydes, ketones, aliphatic dan aromic hydrocarbons, phenols dan gas-gas korosin seperti hydrogen cyanide dan nitrogen oxide serta dos beracun seperti carbon monoxide. Penyakit jantung, kanser paru-paru dan kanser-kanser lain, emphysema dan kronik bronkitis adalah antara penyakit yang selalu dikaitkan dengan tar dan boleh membawa kepada kecacatan dan maut.
Karbon monoxide, (CO) yang mana adalah sebanyak 4% dari purata asap rokok, mempunyai perhubungan yang kuat dengan sel darah merah berbanding oksigen- yang mana sel darah merah adalah ditugaskan untuk diagih-agihkan ke tisu badan dan CO dalam asap rokok ini akan menggantikan oksigen dalam sel darah merah, membentuk carboxyhemoglobin (COHb).
Secara purata, perokok mempunyai 2.5% hingga 13.5% lebih COHb dalam darah mereka berbanding dari bukan perokok. Sementara nikotin menyebabkan jantung bekerja dengan lebih kuat, COHb menghalangnya permintaan jantung untuk menggunakan lebih oksigen. Selain itu, CO juga menggalakkan kolesterol untuk berkumpul pada arteri.
Kesan buruk dari menghisap rokok adalah bersifat sementara, tetapi jika perokok mengulanginya secara berulang - sekotak rokok dalam sehari maka dalam setahun maka perokok akan menghisap lebih kurang 102,000 kali untuk setahun. Jika ini berterusan, perokok mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit yang dikaitkan dengan menghisap rokok.
Perokok yang menghisap rokok penapis tar (filter-tip) adalah mempunyai risiko yang kurang untuk mendapatkan kanser paru-paru berbanding dengan perokok yang menghisap rokok tanpa penapis (filter-tip) tar, tetapi mereka masih mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung dan emphysema
Walau apa cara , asap rokok yang sampai pada tisu hidup, ia akan merosakkannya. Semua perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser mulut, bibir dan lidah, tidak kira apa jenis rokok yang dihisap. Dan semua perokok termasuk mereka yang tidak menyedutnya - termasuklah paip dan penghisap cerut, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru.
Walaupun begitu, untuk mengambil nikotin dari semua jenis tembakau yang digunakan dalam rokok, penghisap rokok mesti menyedut asap rokok itu. Asap rokok mempunyai asid yang sedikit dan nikotin pada asap rokok tidak menembusi tisu pada mulut. Tetapi penghisap paip dan cerut, yang mana merupakan alkali, membenarkan nikotin untuk masuk pada salur darah melalui tisu yang berlendir dalam mulut.
Keradangan dalam asap rokok menimbulkan tindak balas mekanisma pertahanan dalam laluan udara dan paru-paru,yang mana ini menyebabkan batuk. Batuk pada awal pagi pada perokok adalah fenomena berasingan. Asap rokok mempunyai kesan ubat pelali pada 'cilia' iaitu struktur seperti rambut yang halus yang menggaris kepada laluan udara yang selalunya berdenyut ke arah luar, memaksa jirim asing dari paru-paru.
Apabila ia berhenti, sesetengah racun dalam asap rokok akan kekal pada paru-paru . Semasa tidur, cilia ini akan pulih dan mula bekerja semula. Walau bagaimanapun, bila perokok bangun, mereka batuk kerana paru-paru mereka cuba untuk membersihkan bahan-bahan yang terkumpul kelmarin. Bila 'cilia' kerap kali terdedah pada asap rokok pada satu jangka masa yang lama, tugas-tugasnya adalah termusnah untuk selama-lamanya. Maka paru-paru perokok tadi akan lebih terdedah pada kerosakan berbanding sebelum ini.
Penghisap rokok menyebabkan banyak masalah kesihatan kerana ia mengumpulkan secara besar-besaran bahan-bahan yang memberi kesan pada banyak bahagian dalam tubuh. Tar pada rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia yang dikenali termasuklah racun dan bahan-bahan penyebab kanser.
FAKTAR PENTING YANG JARANG DIKETAHUI
1. Kesan sampingan ringan secara amnya boleh dicapai melalui pencairan udara dengan menggunakan lubang pengudaraan yang berdekatan dengan penapis( filter).
2. Perokok yang menukar kepada rokok jenis rendah tar dan nikotin terdorong untuk menghisap lebih banyak rokok atau menyedut dengan lebih dalam dan lama atau dengan menutup lubang pengudaraan. Maka dengan tidak langsung mereka sebenarnya tidak mengurangkan jumlah tar dan nikotin yang dihisap.
3. Perokok dengan rokok jenis ini lebih tinggi risiko untuk mendapat serangan jantung kerana mereka mendapat lebih banyak karbon monoxide dengan cara menghisap lebih lama dan lebih dalam.
4. Menurut laporan am pakar bedah 1989, 43 manusia dan/atau binatang yang mempunyai kanser telah ditemui berkait dengan asap tembakau. Bagi yang lain, yang berkaitan dengan kanser yang mana mereka menghasilkan kanser apabila bergabung dengan bahan kimia yang lain yang terdapat dalam asap .
5. Sesetengahnya menggalakkan pembiakan tumor, dan apabila kanser terjadi, ia menyebabkan kanser tadi membiak dengan lebih cepat. Kesan ini dikenali sebagai dengan standard 'bioassays' yang mana digunakan oleh kerajaan dan industri rokok - dengan cara mencatkan tar pada belakang badan tikus yang dicukur bulu, atau mendedahkan tikus dengan gas-gas dari asap rokok. Apa-apa yang menyebabkan tumor pada kulit walaupun bukan tumor kanser - yang ada pada badan tikus tadi disimpulkan sebagai berbahaya kepada perokok. Bahagian dalaman paru-paru adalah diperbuat dari tisu yang lebih kurang sama dengan tisu kulit, dan kulit tikus adalah lebih kurang sama dengan kulit manusia
Rujukan: www.bchsys.org

0 Koman & Cadangan:
Post a Comment