Kepada ahli groups, di sini saya akan tuliskan cara bagaimana membantu orang-orang buta semasa berjalan dan ke tempat makan. Ni kira ulanganlah. Ramai yang mintak.
Ok, semasa hendak membawa orang buta berjalan atau pun melintas jalan, berilah mereka pegang di bahagian siku anda. Dengan cara ini, senang bagi mereka dan anda sendiri untuk bergerak. Dan, bila sesuatu tempat itu ada lubang atau lopak, beritahu. Tolonglah jangan sekali-kali tarik hujung tongkatnya. Orang buta ni bukannya lembu, dia orang. Bahaya kalau dipegang tongkatnya dan suruh dia ikut kita.
Perlu diingat, tongkat ibarat mata bagi orang buta. Kalau dah dipegang hujung tongkat dan tarik seperti menarik lembu, ianya amat merbahaya dan boleh menyebabkan orang buta yang dibantu itu terjatuh ke dalam lubang atau longkang.
Perkara ini telah menimpa ke atas seorang rakan saya di mana beliau telah dibantu oleh seseorang dan orang itu membawanya jalan dengan memegang hujung tongkat. Macam tarik lembu. Ini telah membuatkan beliau tidak tahu apa yang ada di sekelilingnya.
Akibatnya, beliau telah terjatuh ke dalam sebuah longkang yang amat dalam. Habis semua barang yang dibawanya basah. Kesemua kaset yang dibawanya itu dah rosak. Orang yang membantunya tadi, dah hilang entah ke mana.
Jadi, bila tolong orang buta berjalan, tolong jangan tarik tongkatnya macam tarik lembu, tetapi, biarlah dia memegang bahagian siku anda.
Semasa membawa orang buta ke tempat makan pula, bila dah bawa dia sampai ke meja, bagi dia pegang meja tu dulu. Kemudian, bawalah kerusi untuknya. Angkat tangannya untuk pegang kerusi tersebut sebelum duduk. Kang terduduk di lantai, susah.
Kalau dapat, tolong beritahu menu makanan dan minuman yang dijual di situ. Senang bagi orang buta itu nak memilih. Bagi orang yang nampak, tak apalah tu. Tapi bagi kami yang dah kelam ni, kena display the menu lah.
Bila makanan dan minuman yang dipesan tadi tu dah sampai, silalah beritahu, apakah makanan dan minuman yang terdapat di hadapan si buta yang anda bawa bersama untuk pergi makan. Sambil-sambil bercakap, angkatlah tangannya untuk memegang cawan air dan pinggan makanan yang terdapat di hadapannya. Jangan pula diberi pegang makan dan minuman. Kalau dah pegang, aku gelilah nak makan atau minum.
Kalau di pinggannya itu ada sudu dan garpu, letaklah di atas tangannya supaya dia tidak tercari-cari. Setelah semua proses ini selesai, barulah kita pekena makanan. Perlu dimaklumkan di sini, cara makan orang buta ni pelbagai. Ada orang buta, yang bila makan, memang bersih dan tak tumpah setitik pun makanan. Tapi alamak, ada orang buta tu, bila dia makan, macam cakar ayam. Mesti ada tumpah punya. Contohnya, aku.
Aku kalau makan dengan sudu/garpu, mesti macam cakar ayam dan mesti tumpah punya. Kalau aku makan benda yang ada cili sos, habislah comot mulut aku. Kadang sampai hidung pun kena. Makan aiskrim pun kadang comot habis. Macam budak-budak. He he he he he he he.
Ok lah, itu saja sedikit penerangan dari saya. sila poskan mesej ini pada semua groups yang anda sertai.
Sekian,

Ultraman Blind. (petikan dari Komuniti OKU)
0 Koman & Cadangan:
Post a Comment