Darah Tinggi

on Tuesday, September 06, 2005

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi merujuk kepada kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg (millimetres of mercury) semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Apakah dia Tekanan Darah?
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.
Bagaimana Tekanan Darah Diukur?
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Tekanan Darah berubah-ubah
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Apakah dia tekanan darah tinggi?
Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.
Akibat tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut
* serangan jantung
* angin ahmar
* kegagalan jantung
* kerosakan buah pinggang
Memastikan tekanan darah optima:
* memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda
* tidak merokok - nikotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salur nadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda
* kurangkan pengambilan garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi
* kurangkan lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang
* kekalkan berat badan unggul
* bersenam secara berkala
* elakkan pengambilan alkohol

Gambar Menjolok Mata

on Monday, September 05, 2005

18SX sahaja =
Telah bermacam cara pihak2 tertentu termasuk kerajaan berusaha untuk menyekat kemasukan bahan2 lucah yang menjolok mata dari dilayari di dalam internet. Perkara tersebut suka untuk dibendung. Bermacam jenis perisian telah dibuat serta dicipta bagi menghalang mereka yang tidak sepatutnya melihat atau melayari laman2 tersebut. Terutamanya kanak2. Pihak TM. Net tidak ketinggalan dari turut terlibat untuk menyekat penyalahan melayari bahan2 tersebut, antara melanggan 'tmnet xblocker' (bukan percuma mau dibayar), begitulah! Tetapi walau apa cara sekalipun usaha pasti ada jugak ruang2 atau jalan untuk ditembusi. Antara bukitnya seperti gambar menjolok mata ini, bagaimana ianya boleh terlepas dan boleh dilihat serta ditonton oleh berbilang peringkat umur dan bangsa...

klik di situ untuk sama melihatnya :::Disini:::

Sejarah plat kereta Malaysia

on Sunday, September 04, 2005

AWAL PLAT KERETA
Dalam dunia yang semakin canggih dan hebat ini pengangkutan memainkan peranan yang penting kepada mobilisasi manusia. Setiap hari kita menyaksikan ratusan ribu juta ratus kenderaan di jalanraya dengna plat kereta yang pelbagai sebagai mewakili sesebuah negeri atau negara. Pernahkah anda terfikir bagaiamana penentuan sesebuah plat kereta berdasarkan negeri itu ditentukan.
Di Malaysia (Tanah Melayu) sejarah pendaftaran kenderaan ini bermula selepas kedatangan British iaitu menjelang Perang Dunia 1. Pemberian no plat pendaftaran "A", "B", "C" atau "D" ditentukan berdasarkan kemampuan mana-mana penduduk sesebuah negeri pada masa itu untuk memiliki kenderaan.
Plat kereta negeri Perak bermula dengan huruf A adalah kerana penduduk di Perak merupakan pemilik pertama kenderaaan dan kebetulan pula negeri itu mencatat jumlah pemilikan kereta yang paling tinggi. Ia didorong oleh perkembangan ekonomi Perak yang lebih maju berbanding dengan negeri-negeri lain kerana bijih timahnya.
Kebanyakkan kereta-kereta ini dipakai oleh golongan pemerintah Inggeris yang bertugas di negeri tersebut. Bagaimana pun pemakaian kenderaan ini terbatas di kawasan Lembah Kinta hingga Taiping sahaja. Pada tahun 1914 jalanraya baru telah dibina untuk menghubung ke Kinta dan menyebabkan penggunaan kereta di Perak semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D). Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Begitulah awalnya nombor plat (pendaftaran) kenderaan, dan sekarang pergerakan nombor plat begitu pantas menunjukkan kenderaan semakin banyak. Sedar tidak sedar semalam huruf 'H' esok sudah 'J' cepat betul. Nanti sudah banyak apa huruf hendak diletak lagi? Letak gambar tuan punya kenderaan.

Istilah pengganas ciptaan Barat

on Friday, September 02, 2005

Istilah pengganas ciptaan Barat untuk hina umat Muhammad AKHIR-AKHIR ini kita sering dikejutkan dengan peristiwa pengeboman berani mati di beberapa negara, terutama di tempat awam seperti stesen bas dan kereta api.
Pengeboman terbaru paling mendapat perhatian berlaku pada 7 Julai lalu di kota raya London. Kesannya adalah terhadap masyarakat Islam lain yang dipandang serong, penuh curiga, dicaci, dicela, dipukul serta ditindas seperti berlaku di Perancis, Amerika Syarikat dan Britain.
Kita sentiasa mencari cari jawapan terhadap pelbagai persoalan yang berkaitan dengan keganasan dan pengebom berani mati. Persoalan ini terjawab sedikit sebanyak apabila menghadiri satu persidangan baru-baru ini. Pada Isnin lalu, saya menghadiri persidangan Meja Bulat di Ampang, Selangor yang membincangkan ‘Aksi Pengeboman Kota London, 7 Julai 2005: Impak kepada Umat Islam.’ Persidangan anjuran MAPWIM-Yadim (Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia) dihadiri perwakilan dari lebih 15 pertubuhan bukan kerajaan wanita Islam.
Ahli panelnya ialah tiga tokoh akademik iaitu Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya (UM), Prof Dr Azizan Baharudin; Ketua Jabatan Sejarah UM, Prof Madya Dr Radzuan Othman dan Fardah Abd Jalil dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Persidangan itu merumuskan bahawa peristiwa pengeboman kota London dan beberapa siri pengeboman terdahulu (kalau pun yang mengebomnya orang Islam) adalah tindakan individu Islam dan keputusan sendiri. Ia bukan kerja kumpulan yang terancang seperti al-Qaeda (Osama bin Laden) atau pengebom berani mati ala Hamas.
Tindakan individu ini adalah manifestasi daripada perasaan marah, kecewa dan putus asa dengan sikap Barat yang berlaku zalim terhadap umat Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan.
Sikap talam dua muka Amerika membiarkan Israel menekan, menganiaya, membunuh dan menjajah rakyat Palestin menjadi barah dendam di dada umat Islam yang tidak akan sembuh kecuali masalah Palestin dapat diselesaikan secara adil.
Tindakan pengebom berani mati ini juga dilihat sebagai cubaan untuk menakutkan dan menentang tindakan Barat yang keterlaluan itu. Namun, ahli politik di Barat tidak pernah hendak mengetahui punca permasalahan pengebom berani mati.
Mereka tidak mahu tahu - mengapa? Mereka hanya mahukan - apakah tindakan hendak dikenakan?
Hakikat kehidupan kita kini didedahkan dengan sikap media Barat yang sentiasa memberikan persepsi negatif terhadap Islam. Mereka melabelkan Islam dengan mengaitkannya dengan keganasan. Apabila seorang Islam melakukan satu jenayah pengeboman, maka ia dinamakan ‘Islamic terrorism’, tetapi apabila John, Roger atau Siva, melakukan jenayah yang sama, mengapa mereka tidak pula di panggil pula ‘Jewish, Catholic, Christian atau Hindu terrorism’?
Sebenarnya tidak ada keganasan dalam Islam. Islam adalah ‘keamanan’ dan pada masa sama mengagungkan ’jihad’ yang mempunyai banyak cabang termasuk ‘jihad qital - peperangan’. Jihad qital hanya diwajibkan apabila negara dijajah dan dalam keadaan terpaksa apabila negara diserang oleh orang asing. Hal ini berlaku di bumi Palestin. Jelas ’Islamic terrorism’ adalah ciptaan ideologi Barat untuk menghina umat Islam. Kita jangan terperangkap dengan istilah yang berat sebelah ini.
Dr Radzuan yang juga pakar kajian Islam dan politik Timur Tengah mengatakan bahawa profil orang yang disyaki mengebom kota London tidak menepati profil atau ciri pejuang berani mati Hamas di Palestin seperti yang dikumpul oleh pihak perisik Barat. Pejuang berani mati mempunyai profil tersendiri. Antaranya:
• Pengebom itu mesti seorang yang masih bujang (lelaki atau wanita).
• Berumur bawah 40 tahun. Contohnya, 20 hingga 30 tahun.
• Mempunyai sebab untuk membalas dendam kerana menebus maruah keluarga (honour killing) apabila adik beradiknya atau ibu bapanya dibunuh oleh pihak Israel.
• Meninggalkan wasiat sebelum melakukan aksi berani mati.
• Membaca al-Quran sepanjang malam dari selepas Isyak hingga ke waktu Subuh.

Kelima-lima ciri ini tidak ada pada orang yang disyaki oleh polis London itu.
Mengenai status pengebom berani mati kita perlu meletakkan isu ini pada perspektif yang betul. Kita perlu bezakan antara istilah pejuang berani mati (Palestin) dengan pengebom berani mati (tempat lain).
Semua umat Islam perlu sepakat mengutuk perbuatan mengebom tempat awam seperti berlaku di kota London. Kita perlu mengutuk perbuatan seumpama tidak kira sama ada dilakukan oleh orang Islam atau bukan Islam.
Apabila membincangkan isu pejuang dan pengebom berani mati, kita perlu fahami dan mengambil kira kepada tiga perkara:
• Pengeboman berani mati oleh orang Islam di tempat awam yang tidak ada sebarang kaitan dengan peperangan.
• Perbuatan yang sama dalam suasana peperangan.
• Mengapa hanya difokus kepada orang Islam?

Berhubung dengan pengeboman berani mati oleh orang Islam di tempat awam yang tidak ada sebarang kaitan dengan peperangan, jelas sekali hukumnya adalah haram dan dikutuk. Berhubung dengan pengeboman di London dan Sharm el-Sheikh, Pertubuhan Ulama Islam Antarabangsa, yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Qardawi baru-baru ini, mengeluarkan kenyataan mengutuk perbuatan itu.
Berhubung dengan suasana perang, contohnya di Palestin, hukumnya adalah berbeza. Malah, ulama Islam menganggap pengeboman yang dilakukan oleh pejuang berani mati dalam suasana perang bertujuan memusnahkan musuh adalah jihad yang diizinkan Islam.
Kematian yang berlaku boleh dianggap syahid. Bacalah fatwa yang dikeluarkan oleh Allahyarham Sheikh Fuad Mukhaymar, Pengerusi Institusi Institusi Ahli Sunah Mesir sebelum ini.
Mengapa Barat tidak mengutuk kezaliman pengganas Israel? Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sudah mengeluarkan lebih 70 resolusi mengutuk kekejaman Israel. Mengapa Amerika membiarkan keganasan berleluasa, malah memberikan tambahan dana, persenjataan dan latihan kepada Israel? Mengapa media Barat tidak lantang mengutuk keganasan yang dilakukan di Afghanistan, Iraq dan seumpama?
Mengapa keluhan hanya berlaku apabila keganasan dilakukan oleh orang Islam? Ketidakadilan ini juga menggerunkan dan sepatutnya dikutuk. Oleh Endok Sempo Mohd Tahir

Dua aspek penjajahan fikiran pasca merdeka

on Thursday, September 01, 2005

Dua aspek penjajahan fikiran pasca merdeka
Setiap individu adalah pemimpin bila diri aklinya (al-nafs al-natiqah) memimpin diri haiwaninya (al-nafs al-haiwaniyah). Jika kita gagal memimpin organisasi di peringkat ini, kita akan gagal memimpin secara hakiki, organisasi lain yang lebih besar, sama ada sebuah keluarga, jabatan mahupun negara.
Kegagalan bangsa untuk mengisi kemerdekaan secara keseluruhan adalah disebabkan kegagalan para pemimpin dalam pelbagai bidang untuk memerdekakan diri dan institusi masing-masing daripada penjajahan.
Penjajahan fikiran dan rohani berlaku pada dua aspek. Aspek pertama diakibatkan oleh kejayaan sistem pendidikan dan kebudayaan formal dan tidak formal bekas penjajah, manakala aspek kedua yang lebih penting ialah yang diakibatkan oleh kegagalan diri akli menguasai tekanan-tekanan dan pujuk rayu dari diri haiwani seseorang.
Kesan pada aspek pertama, ia akan melahirkan apa yang dikenali sebagai pemimpin Anglophile (Mabuk Inggeris) atau Francophile (Mabuk Perancis), atau Westophile (Mabuk Barat). Serba-serbi apa sahaja dari Barat dianggap pengukur kemajuan dan ketamadunan: Undang-undangnya dianggap maha insani, seninya dikira murni.
Pada aspek kedua pula, kesan yang telah dan akan terus menimbulkan pelbagai kerakusan, ketamakan, kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai kerosakan bukan sahaja ke atas rakyat, nilai agama dan budaya bangsa sendiri, malah ke atas rakyat dan budaya negara-negara lain.
Aspek pertama boleh menghilangkan jati diri bangsa dan sikap kebergantungan yang melampau dalam pelbagai perkara kepada negara dan institusi bekas penjajah serta satelit politik dan kebudayaan mereka; manakala penjajahan diri haiwani ke atas diri akli golongan pemimpin akan menghilangkan perasaan malu, sikap akhlak dan keagamaan dalam diri pelaku.
Aspek pertama ini hanya boleh berlaku pada pemimpin dan rakyat negara-negara bekas jajahan, aspek kedua pula boleh berlaku ke atas semua orang dan bangsa. Pada akhirnya kelemahan ini akan menghakis segala kebahagiaan dalam erti kata yang sebenar, kalau tidak di dunia, pasti di akhirat.
Pada hakikatnya, kemerdekaan sebenar berlaku apabila diri akli berjaya mentadbir kehendak-kehendak haiwani mengikut ajaran agama dan akhlak berdasarkan ilmu pengetahuan yang mencukupi dan latihan-latihan kerohanian yang berterusan.
Justeru itulah Abu Hamid al-Ghazzali dan cendekiawan Islam lain mendahului saranannya kepada para pemimpin umat tentang hakikat-hakikat kewujudan, kerohanian dan akhlak. Dasar yang agak sama juga diketengahkan oleh falsafah Cina dari tradisi Kungfusianis mengasaskan kesejahteraan masyarakat dan dunia pada kesejahteraan diri peribadi berlandaskan ilmu pengetahuan dan keikhlasan.
Seperti yang dinyatakan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, seseorang itu mencapai kemerdekaan (hurriyah) apabila dia bertindak memilih dan melaksanakan yang lebih baik (ikhtiyar); apabila dia berusaha menempatkan diri aklinya sebagai pengawal dan pentadbir kepada kehendak-kehendak haiwaninya. Jika dia gagal, maka dia bukanlah seorang yang merdeka tetapi seorang hamba; tindakan pemilihannya bukan lagi yang sebenarnya bebas, tetapi yang diperhambakan nafsu syahwat. Dia pasti menzalimi bukan sahaja dirinya malah orang lain.
Darjat dan lapis-lapis penjajahan serta kemerdekaan ini secara umumnya difahami oleh pucuk pimpinan tertinggi negara dewasa ini. Sebab itulah mereka meletakkan pembangunan perisian pemimpin dan rakyat sebagai salah satu tunjang utama negara melalui pendekatan Islam Hadhari.
Walaupun aspek ini juga telah dipertekankan oleh pimpinan-pimpinan terdahulu negara, tetapi aspek-aspek infrastruktur fizikal, ekonomi dan sosial dianggap lebih utama. Perlu digariskan bahawa, pimpinan negara yang lalu telah berjaya mengisi kemerdekaan di peringkat geografi-politik, ekonomi dan sosial berbanding dengan negara-negara lain yang pernah dijajah.
Adalah dicadangkan, semua lapis kemerdekaan dapat dinikmati dan diperkayakan lagi dengan mengukuhkan pendidikan dan amalan agama dan akhlak secara teratur, sepadu dan konsisten. Kehadiran pelbagai agama utama di Malaysia harus digarapkan ke arah tujuan ini.
Perbezaan akidah yang nyata harus bertolak ansur, beberapa persamaan atas dasar-dasar akhlak harus mengikat kehidupan bersama. Penglibatan tokoh-tokoh berwibawa, dari pelbagai bidang, yang memang terdapat di negara ini harus dipertingkatkan, walaupun mereka mungkin mempunyai faham politik atau agama yang berbeza.
Lain-lain aktikal berkaitan:

Perkasakan modal insan

on Wednesday, August 31, 2005

Negara memerlukan rakyat cemerlang berbudaya ilmu dan berakhlak mulia.

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-48. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu setiap rakyat berusaha mencapai keseimbangan pembangunan modal insan dengan kemantapan kekuatan rohani dalam menyiapkan negara menghadapi persaingan global.
Perdana Menteri menegaskan, keseimbangan itu perlu khususnya dari aspek mengamal dan mengekalkan budi bahasa yang tinggi, dalam usaha Malaysia bersaing dengan negara maju mahupun negara membangun.
Bagi mencapai kejayaan itu, katanya, negara berusaha menyediakan tenaga kerja yang berwibawa dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.“Mereka juga mesti menjadi rakyat yang cintakan negara, bersemangat, sanggup bekerja kuat, rajin dan mengamalkan budi bahasa tinggi,” katanya dalam Perutusan Hari Kemerdekaan yang disiarkan menerusi televisyen dan radio malam tadi.
Abdullah berkata, untuk membangunkan modal insan, kerajaan mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya bagi mendidik rakyat menjadi bangsa yang berpekerti mulia, berhemah tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan mempunyai kekuatan jasmani serta rohani.
Usaha membangunkan modal insan ialah harapan generasi baru yang akan menjadi tenaga penting dalam menjayakan aspirasi kerajaan mewujudkan negara dan bangsa yang maju menjelang 2020. Beliau berkata, tiada faedahnya sesebuah negara yang mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur bertaraf dunia jika rakyatnya masih berfikiran jumud dan tertutup. Perdana Menteri juga menyatakan kesalnya dengan tindakan segelintir rakyat yang menyalah guna infrastruktur teknologi seperti menyebar fitnah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menjatuhkan maruah seseorang atau parti.“Penyalahgunaan teknologi seperti internet dan cakera padat video (VCD) menyebabkan generasi muda hari ini lebih berminat untuk melayari laman web dan menonton perkara tidak bermoral.“Mereka menunjukkan minat pada VCD lucah yang begitu banyak dijual di merata tempat dan mudah diperoleh. Ini menunjukkan keinginan kita kepada barang seperti ini adalah tidak baik,” katanya.
Abdullah juga kecewa dengan sikap segelintir rakyat yang suka merosakkan harta awam dan mempunyai kesedaran sivik rendah selain sikap pemandu yang cuai di jalan raya.“Malaysia menjadi negara yang banyak mencatat kemalangan jalan raya. Bukan kerana kereta atau jalan yang tidak elok, tetapi lebih 80 peratus berlaku disebabkan faktor manusia,” katanya. Beliau juga menegur sikap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang setiap kali harga minyak meningkat apabila gaji pegawai kerajaan ditambah serta meminta mereka lebih beretika.
Abdullah turut mengingatkan rakyat bahawa 14 tahun yang tinggal untuk menuju matlamat sebuah negara maju bukanlah satu tempoh yang lama dalam merancang serta mengatur pelbagai persiapan. “Pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh berkenaan dan dengan itu, tanggungjawab memajukan bangsa mesti dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh menerusi peningkatan serta kerjasama padu di kalangan rakyat,” katanya.
Beliau berkata, dalam mengejar matlamat mencapai taraf negara maju, kerajaan juga masih dibelenggu gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan dadah di kalangan generasi muda. Fenomena itu, katanya, boleh dibendung jika semua pihak bertekad dan berazam untuk menghindari amalan tidak sihat terbabit dalam usaha membangunkan modal insan dan menjadi bangsa yang maju. - sumber Berita Harian.
Lain-lain aktikal Kemerdekaan:

Tarikh Keramat

on Tuesday, August 30, 2005

31 Ogos esok akan tiba.
Disambut penuh gemilang di seluruh negara oleh seluruh rakyat Malaysia. Betapa tidak, 31 Ogos adalah tarikh negara dimerdekakan dari kuasa penjajahan. Sama ada semangatnya dihayati atau tidak, 31 Ogos adalah tarikh kelahiran sebuah negara baru.
Siapakah sebenarnya yang menetapkan tarikh ini sebagai tarikh keramat kemerdekaan? Pasti ramai yang tidak mengetahuinya. Seorang tokoh ulama' adalah orang yang bertanggungjawab menentukan tarikh 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan Malaya.
Beliau adalah Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Haji Abdullah bin Ibrahim (1870-1961). Abdullah Fahim sangat arif dalam pengetahuan Islam seperti menguasai bidang Al-Falak, Al-Hadis, Tafsir Al Quran, Tarikh, Tasauf, Usulluddin, Syariah dan Politik Islam.
Beliau juga seorang pendidik, penulis, penyair dan nasionalis. Ini terbukti apabila beliau merupakan ahli UMNO yang pertama di Seberang Perai sebaik UMNO diwujudkan di situ.
Ketokohan Abdullah Fahim dalam politik telah diwarisi oleh puteranya Haji Ahmad Badawi (Dato'). Ketokohan ini pula bersambung kepada cucundanya Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia.

48 tahun Malaysia gagah

48 tahun Malaysia gagah memacu gemilang
PADA Januari 1956, Almarhum Tunku Abdul Rahman, putera diraja Kedah yang muncul sebagai tokoh politik terkemuka, mengetuai delegasi ke London kerana merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Selepas rundingan tiga minggu, Perjanjian London ditandatangani yang menyebut Kerajaan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Malaya, ketika itu Tanah Melayu, pada 31 Ogos 1957.
Tepat jam 12 tengah malam 31 Ogos 1957, laungan ‘Merdeka, Merdeka’ bergema memenuhi ruang Stadium Merdeka apabila bendera Union Jack, lambang kuasa penjajahan British, diturunkan.
Lantas berkumandang buat kali pertama Negaraku, lagu kebangsaan tercinta. Maka terpancar segala impian dan harapan daripada sanubari setiap rakyat Malaysia. Hati melonjak riang dapat merasai nikmat kebebasan daripada belenggu penjajah - Belanda, Portugis, Jepun dan British. Tunku, seorang daripada pejuang utama kemerdekaan negara muncul sebagai Perdana Menteri Pertama Persekutuan Tanah Melayu pada 1957, kemudian terbentuk menjadi Malaysia.
Tidak seperti jiran Indonesia, yang mana kemerdekaan terpaksa ditebus dari Belanda dengan pertempuran berdarah, Malaysia mencapai kemerdekaan dengan cara cukup aman. Jika adapun pertelingkahan, ia tetap membuktikan mata pena itu lebih tajam daripada pedang.
Namun, perjalanan menuju kemerdekaan tidak sentiasa lancar, suara penentangan terhadap penjajah sering dilontarkan, lama sebelum perisytiharan yang cukup bersejarah.
Perluasan takluk imperialis Eropah sebenarnya bermula dengan penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511. Bagaimanapun, kuasa mereka agak terbatas. Seabad kemudian, Belanda mengambil alih Melaka daripada Portugis.Abad ke-18 menyaksikan British memasuki Tanah Melayu dengan penubuhan Pulau Pinang dan kemudian Singapura pada 1819. Pada 1826, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura bergabung sebagai Negeri Selat.
Ketika itu, British mula menembus masuk ke negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang kaya dengan timah dan meletakkan wakil mereka dikenali sebagai Residen. Pada 1896, Negeri Melayu Bersekutu dibentuk dan mulai 1919, Union Jack berkibar di setiap tiang bendera di Semenanjung Malaysia, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah.
Tidak lama kemudian, Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura hingga memaksa British melarikan diri. Tetapi, apabila British kembali selepas Perang Dunia Kedua, mereka menghadapi kelemahan dalam pentadbiran. Keyakinan terhadap kekebalan Empayar British musnah buat selama-lamanya.
British berusaha melaksanakan pengukuhan pentadbiran dengan memperkenalkan Malayan Union, satu rancangan yang mana kedaulatan Raja-raja Melayu hendak dipindahkan kepada British Crown dan semua warga, tanpa mengira kaum akan mendapat hak sama.Ini mendapat tentangan hebat orang Melayu hingga membawa kepada penubuhan Umno dengan Datuk Onn Jaafar menjadi presidennya.
British mengemukakan rancangan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu, yang memberikan Sultan kuasa ke atas negeri masing-masing dan memperuntukkan hak istimewa Melayu.Perikatan yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC menunjukkan gabungan kekuatan dengan memenangi 80 peratus daripada jumlah undi bagi pilihan raya pertama pada 1955. Jelas ketika itu, penubuhan sebuah Tanah Melayu yang bersatu adalah kemungkinan yang semakin nyata.
Pada 1963, Singapura, Sarawak dan Sabah menyertai Tanah Melayu dan bergabung dalam Persekutuan Malaysia. Bagaimanapun, Singapura keluar pada 1965 untuk menjadi sebuah republik merdeka. Disokong dua sumber utama iaitu getah dan timah, ekonomi negara muncul kukuh. Namun, dasar pecah dan perintah British menimbulkan beberapa masalah dari segi agihan kekayaan yang tidak saksama.
Rusuhan kaum tercetus pada 1969. Daripada kesan runtuhan lahir satu permulaan baru. Tragedi 13 Mei 1969 menjadi iktibar bahawa keamanan dan kemakmuran tidak wajar dianggap mudah bahkan perlu dipupuk sentiasa.
Rakyat seterusnya sedar rupa bentuk negara yang unik memerlukan penyelesaian unik. Berikutan itu, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan beberapa dasar lain diperkenalkan. Malah, Dasar Perindustrian yang diperkenalkan bukan saja banyak membawa kejayaan, malah menyaksikan ekonomi mencatat angka pertumbuhan cemerlang selama lebih sedekad.
Prestasi ekonomi yang cukup memberangsangkan memberikan pengisian cukup bermakna dalam memenuhi cita-cita Malaysia untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Negara bernasib baik kerana mempunyai barisan pemimpin yang meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan kelompok sempit dan kepentingan peribadi.
Ketika merayakan ulang tahun ke-30 kemerdekaan pada 1987, Proton Saga, kereta kebangsaan Malaysia, ditonjolkan sebagai teras perayaan, diikuti Perodua Kancil sebagai kemuncak perbarisan Hari Kebangsaan ke-37 pada 1994. Dua tahun kemudian, tercatat satu lagi peristiwa bersejarah apabila motosikal buatan Malaysia, Kriss, diperagakan buat kali pertama pada sambutan Hari Kebangsaan ke-39 di Kota Kinabalu.
Hari ini, negara berusia 48 tahun dan bergerak jauh ke depan sambil mencipta pelbagai kejayaan membanggakan. Hasil daripada wujudnya sebuah kerajaan yang stabil, negara menikmati kejayaan ekonomi yang memuncak dan kini sebuah daripada kuasa ekonomi yang tumbuh dengan pantas di dunia, sambil menjadi teladan baik hubungan harmonis pelbagai kaum.
Projek mega mengubah wajah negara. Menara Berkembar, sebuah satelit yang berlegar di angkasa raya, Koridor Raya Multimedia - adalah secebis daripada kisah pencapaian yang memandu negara memasuki alaf baru. Kejayaan Malaysia yang begitu dikagumi menjadi sebuah negara pelbagai kaum dan agama, sewajarnya mendapat tempat yang dibanggakan dalam peta dunia dan warganya memang berhak merasa bangga merayakan ulang tahun ke-48 kemerdekaan.
Sebagai negara yang mempunyai keragaman kaum, budaya dan tradisi, Malaysia berkembang dalam suasana kepelbagaian dan ia menepati maksud peribahasa ‘keragaman adalah rencah kehidupan’. Lihat orang di sekeliling anda. Amati senyuman mereka yang melambangkan penuh kepuasan. Inilah Malaysia, negara kita. Tanah tumpah darah kita. Dirgahayu Malaysia!
Oleh Rosliwaty Ramly

Kitab perubatan Ibnu Sina

on Monday, August 29, 2005

Ilmuwan Islam: Kitab perubatan Ibnu Sina jadi rujukan Barat tiga abad

Ilmu kedoktoran dalam Qanum Fi Tib diterjemah ke 15 bahasa
PENYELIDIKAN dan pembangunan (R&D) adalah strategi berkesan mencapai kemajuan serta meningkatkan tamadun sesuatu bangsa.Bagi tamadun Islam, bidang penyelidikan dan pembangunan bukan perkara baru kerana tokoh ilmuwan silam, Ibnu Sina, adalah antara perintis yang mempelopori bidang perubatan moden yang dianggap perkara baru pada zaman beliau.Hasil penyelidikan beliau itu dimanfaatkan umat manusia seluruhnya dan dikembangkan peranan serta skopnya oleh saintis dan ilmuwan selepasnya termasuk yang bukan Islam.
Episod ketiga siri Ilmuwan Islam yang disiarkan TV3 jam 9.30 malam ini, menampilkan tokoh perubatan Ibnu Sina yang berjaya menghasilkan kitab Qanun Fi Tib, sebuah buku perubatan lengkap yang menjadi rujukan di Eropah selama lima abad.
Kepakaran beliau diakui ilmuwan masa kini seperti Dr Nik Abdul Aziz Sulaiman (pakar perubatan), yang mengkaji perubatan Ibnu Sina dan kepakaran beliau membuat ujian perubatan dengan menolak segala khurafat dan tahyul.Malam ini, penonton dibawa mengimbas kembali zaman kegemilangan Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina yang lebih dikenali dengan gelaran Abu Ali atau Ibnu Sina.
Tetapi di Barat, Ibnu Sina yang dilahirkan pada 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi lebih dikenali sebagai Avicenna. Ibnu Sina dibesarkan dalam sebuah keluarga teguh. Ayahnya berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur.
Bapanya menyediakan seorang guru al-Quran dan kesusasteraan yang membolehkan Ibnu Sina menghafal seluruh al-Quran pada usia 10 tahun.
Ibnu Sina banyak mempelajari buku kesusasteraan. Bagaimanapun, selepas mampu menguasai ilmu itu, beliau mempelajari ilmu matematik, fikah, cara membuat penyelidikan dan perbahasan.
Beliau juga mendalami ilmu tasawuf dan falsafah. Malah, Ibnu Sina tergolong sebagai cendekiawan dalam bidang kedoktoran. Pencapaian Ibnu Sina yang dianggap paling menonjol ialah dalam bidang kedoktoran. Ilmu ini terkandung dalam kitab karangannya Qanun Fi Tib. Kitab ini mengandungi 20 jilid meliputi ilmu agama, politik, alam, muzik dan ubat-ubatan.Kitab itu turut menggariskan catatan terperinci seperti hubungan penyakit batuk kering, paru-paru serta menyatakan peranan air dan debu dalam memindahkan jangkitan.
Kitab itu juga menyentuh kaitan penyakit dengan unsur psikologi, tekanan perasaan dan beberapa penyebab penyakit luar biasa.Selain itu, kitab ini mengandungi teori proses awal pembentukan pergunungan, batu-batan dan lembah.
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Qanun Fi Tib telah diterbitkan di Rom pada 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine.
Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke-17, buku berkenaan dijadikan rujukan asas universiti di Itali dan Perancis.Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan pelajar perubatan.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu menjadikan Ibnu Sina tokoh sarjana serba-boleh. Beliau bukan sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kecemerlangan bidang yang diceburinya.
Oleh Hasliza Hassan

Semangat kemerdekaan

on Sunday, August 28, 2005

Semangat kemerdekaan perlu terus disemai
TANGGAL 31 Ogos datang lagi - tanda meningkat setahun lagi usia kemerdekaan negara. Ketika laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang dikumandangkan Tunku Abdul Rahman mengiang-ngiang di telinga, kini Malaysia menyambut lagi ulang tahun ke-48.
Sebagaimana Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara menjadi saksi turunnya bendera Union Jack, begitulah juga bangunan dengan reka bentuk Moorish itu menjadi saksi peningkatan dalam pembangunan serta perkembangan sebuah negara bernama Malaysia.
Dengan bebasnya negara daripada belenggu penjajahan bermakna perjuangan mendapatkan kemerdekaan juga berakhir, tetapi ia juga bermakna bermulanya perjuangan mengisi kemerdekaan.Semangat merdeka juga terus disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan. Bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.
Rentetan demi rentetan peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari kemerdekaan.Kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Sana-sini ia diarak bagi membuakkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya.
Tidak cukup dengan itu, pelbagai bahan digunakan bagi membentuk Jalur Gemilang menandakan betapa semaraknya keinginan semua anggota masyarakat untuk terus menjadi sebuah negara berdaulat yang merdeka.
Apa kata mereka:
“GENERASI hari ini haruslah bersyukur kerana dilahirkan selepas merdeka dan mereka sewajarnya merenung sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air yang membawa keamanan dan kesejahteraan hampir lima dekad.
“Sebagai meraikan sambutan Hari Kemerdekaan, marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan memastikan keamanan yang diperoleh ini kekal selama-lamanya.” - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
“SAYA masih ingat, tahun 1957 saya dalam tingkatan lima sekolah Badlishah di Kulim, Kedah. Masa itu bila perhimpunan kami menyanyi lagu God Save The King. Tapi bila King Edward mati, kami menyanyi lagu God save the Queen. Tapi selepas merdeka, saya dan kawan-kawan mula menyanyi lagu Negaraku. Walaupun baru berusia 17 tahun, saya sudah tahu apa itu merdeka bukan setakat sambut saja.” - Menteri Penerangan. Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzir
“TANGGAL 31 Ogos adalah hari penting yang wajar diraikan seluruh masyarakat tanpa mengira kaum dan agama manakala semangat patriotik haruslah dipupuk sejak dulu lagi bagi memastikan negara ini terus aman dan sejahtera.“Bagi saya, kemerdekaan bererti bebas dari segala ancaman penjajah dan sebagai rakyat di negara merdeka, kita mampu melakukan apa saja tanpa perlu gentar dengan ancaman tetapi tidak melampaui batas.” – Pesara Jabatan Kerajaan, Philomen Ryan
“MERDEKA ialah kita menikmati segala yang harus dinikmati dan bebas menentukan hidup sendiri tanpa dijajah mana-mana pihak. Kita berhak mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.“Semangat kemerdekaan golongan muda semakin marak kerana ada usaha yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan mereka sentiasa mengingati pengorbanan dilakukan oleh pejuang kemerdekaan.“ Pemimpin dulu berjuang menuntut kemerdekaan tetapi generasi sekarang hanya perlu memahami dan mempertahankan keamanan yang diperoleh hasil perjuangan pemimpin terdahulu.” – Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said
“KEMERDEKAAN ialah kita menjadi negara bebas dan berdaulat serta berupaya mentadbir tanpa mengharapkan bantuan luar. Ia bermakna kita tidak dijajah mana-mana kuasa luar dan bebas membuat sebarang keputusan.“Bagi meniupkan semangat di kalangan generasi muda, pelbagai aktiviti sepatutnya dirancang membabitkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti kempen kibarkan Jalur Gemilang dan bulan kemerdekaan.” - Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye
“SAYA melihat Malaysia sekarang ini cabarannya lebih hebat, seperti juga negara lain di dunia... cabaran ekonomi dan sebagainya, kerana itu kita perlu lebih cekal dan menyayangi negara.“Jangan ikut perasaan dan hati kerana seharusnya faham dan bersama kerajaan dalam mempertahankan negara dan adalah penting sebagai rakyat kita meletakkan Malaysia di tahap yang tertinggi.“Apa yang diperlukan sekarang adalah adalah meningkatkan jati diri.” – Setiausaha Pemuda Umno Malaysia, Abdul Rahman Dahlan
Petikan kata:
“Bagi meniupkan semangat di kalangan generasi muda, pelbagai aktiviti sepatutnya dirancang membabitkan NGO seperti kempen kibarkan Jalur Gemilang dan bulan kemerdekaan” Lee Lam Thye Aktivis masyarakat
“Pemimpin dulu berjuang menuntut kemerdekaan tetapi generasi sekarang hanya perlu memahami dan mempertahankan keamanan yang diperjuangkan” A Samad SaidSasterawan Negara, Datuk
“Kemerdekaan bererti bebas dari segala ancaman penjajah dan sebagai rakyat di negara merdeka, kita mampu melakukan apa saja tanpa perlu gentar dengan ancaman” Philomen RyanPesara Jabatan Kerajaan
Oleh Azran Jaffar, Hafizah Iszahanid dan Norakmah Mat Youb

Ada Jati diri, jiwa rakyat Malaysia teruji

on Saturday, August 27, 2005

SETIAP kali Ogos menjelang, timbul tuduhan yang kurang enak didengar antara lain mempersoalkan semangat patriotik sesetengah pihak yang dikatakan mempamerkan sikap acuh tidak acuh apabila berdepan sambutan Bulan Kemerdekaan.
Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Perayaan Kemerdekaan adalah antara mereka yang paling lantang dan kecewa dengan sikap golongan yang tidak menunjukkan jati diri dan kekentalan jiwa rakyat yang sudah merdeka 48 tahun. Apakah benar tuduhan yang menyatakan jati diri rakyat Malaysia begitu daif sekali dan langsung tidak memaparkan jiwa serta pemikiran yang merdeka, begitu menarik sekali dilakukan analisis.
Begitu sukar untuk menentukan kesahihan tuduhan yang menyatakan rakyat Malaysia sudah luntur kekentalan jiwa mereka apabila berhadapan isu maruah dan kedaulatan negara kerana ianya begitu subjektif sekali. Mungkin rakyat Malaysia sudah berasa amat selesa dengan keadaan sekitar masing-masing sehinggakan begitu mudah lupa perjalanan sejarah dan pejuang kemerdekaan negara. Jangan kita menjadi seperti sebahagian besar remaja Jepun yang begitu daif dengan sejarah negara mereka, terutama sekali apa yang berlaku ketika Perang Dunia Kedua (WWII).
Sehinggakan ada di antara golongan remaja ini yang langsung tidak mahu menerima hakikat bahawa Jepun dan Amerika Syarikat (AS) pada satu ketika dulu pernah berperang. Keakraban hubungan Jepun-AS pada masa kini memperkukuhkan lagi kepercayaan remaja Jepun bahawa mustahil AS adalah musuh mereka ketika WWII. Pendirian pasif Tokyo sedikit sebanyak menyumbang kepada jati diri remaja Jepun yang dilihat begitu kosong sekali. Sejak kekalahan Jepun pada WWII, pemimpinnya mempamirkan sikap yang begitu merendah diri apabila berhadapan isu pertahanan, maruah dan kedaulatan negara mereka. Menyedari jati diri dan kekentalan jiwa rakyat Jepun menjadi begitu luntur, Perdana Menteri, Junichiro Koizumi, mengambil pendirian yang bertentangan dengan pemimpin sebelum ini.
Sebab itu, Koizumi mengorak langkah mengubah Perlembagaan Jepun untuk membolehkan Angkatan Tentera Jepun (SDF) lebih mudah mengambil bahagian seperti membantu AS di Iraq. Lawatan Koizumi ke makam Yasukuni yang dianggap begitu sensitif juga bukan dilakukan tanpa sebarang tujuan. Walaupun beliau mengambil risiko yang tinggi, ia dianggap memadai dengan hasrat untuk menyedarkan rakyat Jepun bahawa satu ketika dulu negara mereka juga gagah. Singapura adalah contoh terbaik sebuah negara yang mampu membentuk jati diri dan kekentalan jiwa rakyat mereka yang membolehkan setiap ancaman dan tohmahan ditepiskan dengan begitu mudah.
Jati diri rakyat Singapura diasuh bukan hanya pada hari sambutan kemerdekaan, tetapi melalui program sepanjang tahun. Begitu juga dengan kekentalan jiwa diperkuatkan lagi dengan mengaitkan setiap isu yang dihadapi dengan soal maruah dan kedaulatan negara mereka. Kiasunya rakyat Singapura bukan satu sifat yang jelik, sebaliknya mampu membentuk jati diri dan memperkukuhkan kekentalan dan ketahanan jiwa rakyat pulau yang hanya berjumlah empat juta itu. Tidak menghairankan apabila timbul isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih yang pada ketika ini masih dalam proses penyelesaian, rakyat Singapura melihat isu ini sebagai cabaran maruah, kemerdekaan dan kedaulatan negara mereka.
Rakyat Malaysia juga tidak dinafikan menilai isu Pulau Batu Putih pada landasan yang serupa tetapi besar kemungkinan tidak seghairah rakyat Singapura. Jika ada persamaan jati diri rakyat Singapura dan Malaysia apabila berdepan dengan isu Pulau Batu Putih, lain pula ceritanya dengan isu rundingan harga bekalan air. Rakyat Singapura melihat isu bekalan air sebagai cabaran terhadap maruah dan kedaulatan negara mereka kerana itulah jati diri mereka, manakala rakyat Malaysia pula menilai isu ini dari sudut keadilan dan tidak mengaitkan dengan maruah atau kedaulatan dicabar kerana jati diri mereka tidak dibentuk sedemikian rupa.
Begitu juga apabila berdepan dengan tuntutan bertindih kawasan penerokaan minyak Ambalat di Laut Sulawesi dengan Indonesia baru-baru ini, reaksi rakyat kedua-dua negara jelas jauh berbeza kerana faktor jati diri masing-masing. Apabila Singapura membuat perolehan peralatan ketenteraan seperti jet pejuang, helikopter dan kapal selam yang agak melampau, reaksi rakyat Malaysia tidaklah begitu melampau kerana mungkin rakyat negara ini berasa kekentalan jiwa dan ketahanan diri sudah lebih memadai. Tidak sukar untuk ditelah apakah reaksi rakyat Singapura jika diandaikan Malaysia pula yang membuat perolehan peralatan ketenteraan yang lebih melampau kerana jati diri mereka sudah sedia maklum.
Jati diri dan kekentalan jiwa rakyat Malaysia bakal teruji dalam Bulan Kemerdekaan ini gara-gara perolehan peralatan ketenteraan Singapura yang terbaru. Kongres AS besar kemungkinan akan meluluskan pakej penjualan senjata yang terdiri daripada jet pejuang F-15 dan bom pintar kepada Singapura tidak lama lagi. Perolehan F-15 tidak menghairankan kerana Malaysia juga bakal mempunyai jet pejuang lebih canggih dan besar kemungkinan jati diri rakyat Malaysia tidak akan terusik. Tetapi perolehan bom pintar yang dikawal satelit GPS sudah pasti menguji kekentalan jiwa rakyat Malaysia kerana selain AS, hanya Israel yang memiliki bom tercanggih ini. Perlu diingat mudahnya AS menakluki Afghanistan dan Iraq adalah kerana penggunaan bom pintar.
Begitu juga rejim Israel begitu mudah dapat memusnahkan sasaran jauh ke dalam wilayah kawalan Palestin adalah juga kerana penggunaan bom pintar. Jati diri rakyat Malaysia yang merdeka sudah tentu dapat menilai suatu senario dengan betul dan tidak akan menjadi seperti rakyat Jepun ketika Korea Utara membuat ujian peluru berpandu Na-Dong ke ruang udara Jepun, rakyat negara matahari terbit itu masih tidak ambil peduli.
Penulis adalah Pengarah Pusat Dasar Teknologi Kajian Antarabangsa (CENTEPIS), UTM

Dimana kita?

on Friday, August 26, 2005

Kata-kata renungan dari Prof. Diraja Ungku Aziz.
Mungkin boleh kita sama-sama renungkan kot :

RAJIN BEKERJA, MALAS BERCAKAP - Kena Buli
MALAS BEKERJA, RAJIN BERCAKAP - Wayang Cina
MALAS BEKERJA, MALAS BERCAKAP - Tak Guna
MALAS BEKERJA, SUKA MENGADU - Langau (Lalat Hijau)
MALAS BEKERJA, SUKA PONTENG - Lebih Baik Berhenti
MALAS BEKERJA, SUKA TERMENUNG - Lebih Baik Mati
RAJIN BEKERJA, RAJIN MENGADU - Kaki Bodek
RAJIN BEKERJA, RAJIN BERCAKAP - Bagus

Jadi, dimanakah anda? Dan si Prof tu plak dimana yek?
Macam KerepeK masa bekerja, siapkan kerja betul2 tak ada bercakap - tak plak kena buli.. Tak betul apa yang Prof tur kata -

Orang dan Atok Kata..

on Saturday, August 20, 2005

ORANG KATA.. enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA.. exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..

AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..baru hati puas!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?dah cukup zikir untuk santapan rohani?dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. successful people have a good time management, ada bisnes di kl, new york, tokyo..masih sempat berkempen utk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA.. err..betul jugak tu..

Fakta dalam al-Quran mutlak sifatnya

on Wednesday, August 17, 2005

PERKATAAN penghayatan berasal daripada bahasa Arab ‘hayah’ yang bererti hidup atau kehidupan. Apabila disebut penghayatan sesuatu, bererti menghidup atau menjadikannya sebagai sesuatu yang hidup dengan sentiasa dipelihara, dijaga dan diberi perhatian agar dapat berfungsi sewajarnya.

Bertitik-tolak dari sini, dapatlah difahami bahawa perkara yang dimaksudkan dengan penghayatan al-Quran itu adalah memelihara dan memberi perhatian kepadanya. Ia dilakukan dengan membaca, memahami dan seterusnya mengamalkannya agar dimanfaatkan dalam pelbagai lapangan kehidupan. Dengan usaha itu diharapkan dapat meninggalkan kesan diri seseorang dan masyarakat.
Sesuatu itu dianggap hidup apabila mempunyai roh dan tenaga. Tanpa kedua-duanya pergerakan akan terhenti serta kaku, beku dan mati. Begitulah dengan penghayatan al-Quran, ia mesti menampakkan pergerakan aktif dalam kehidupan umat Islam. Tanpa pergerakan ini bererti tiada penghayatan yang berlaku.
Oleh itu, peranan al-Quran tidak terasa dalam kehidupan umat Islam, malah ia seolah-olah tidak mempunyai roh lagi, sedangkan Allah menurunkan al-Quran sebagai roh. Perkara ini seperti firman-Nya bermaksud: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh (al-Quran) daripada urusan Kami." (Surah al-Syuara', ayat 52)
Roh ialah rahsia kehidupan sesuatu. Oleh itu, perhatian hendaklah sentiasa diberikan untuk menyubur dan mengembangkannya agar roh dapat memainkan peranannya dalam pembinaan diri umat Islam.Umat Islam perlu beriman bahawa al-Quran adalah wahyu Allah. Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibril untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia sebagai pedoman dan petunjuk dalam kehidupan. Hidup berpandukan pedoman dan petunjuk al-Quran membolehkan seseorang itu mencapai kebahagiaan dan keredaan Allah di dunia dan akhirat.
Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan rasul-Nya dan (kepada) kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepada rasul-Nya (Muhammad) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur (ingkar) kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-Nya dan hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan (yang) sejauh-jauhnya." (Surah al-Nisa', ayat 136).
Ayat ini membuktikan bahawa beriman kepada al-Quran dan menjadikan isi kandungannya sebagai pedoman dan panduan hidup, adalah kewajipan bagi umat Islam. Tidak ada seseorang mukmin yang boleh mengatakan bahawa isi dan suruhan dalam al-Quran tidak sesuai pada zaman serba moden ini. Bagi orang yang mengatakan sedemikian, dengan maksud menghina dan memperkecilkan isi kandungan al-Quran, sesungguhnya dia menjadi kufur. Pada hari akhirat kelak dia akan diazab oleh Allah.
Al-Quran walaupun sudah lama al-Quran diwahyukan, namun isi kandungannya tetap utuh dan segar. Ia tidak sedikit pun terjejas oleh peredaran zaman yang begitu lama. Ini kerana isi kandungannya itu berupa kebenaran mutlak yang terpancar daripada alam ketuhanan yang Maha Tinggi.
Tambahan pula, ia diberi jaminan oleh Allah dalam pemeliharaannya. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kamilah yang benar-benar memeliharanya." (Surah al-Hijr, ayat 9)
Ada umat Islam kini memandang ringan dan sambil lewa terhadap al-Quran. Mereka hanya mendekati al-Quran dalam majlis tertentu. Ada juga yang meminati al-Quran sekadar untuk menikmati kemerduan dan kelunakan bacaannya sebagai suatu adat. Sesuatu yang amat menyedihkan apabila ada yang hanya membaca al-Quran pada majlis kematian. Ada pula yang menggunakan ayat al-Quran untuk mengemis. Malah, ada yang menggunakannya untuk dibuat azimat atau amalan sihir.
Sesungguhnya al-Quran diwahyukan oleh Allah untuk dibaca, difahami dan dihayati maknanya. Seterusnya menjadikan ia sebagai panduan hidup. Firman Allah bermaksud: “(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepada kamu (dan umat kamu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar." (Surah Sad, ayat 29)
Sikap umat Islam yang memandang ringan terhadap al-Quran ini adalah faktor utama mendindingi mereka daripada hidayahnya. Perkara ini kerana al-Quran hanya akan membuka khazanahnya kepada orang yang benar-benar memberi perhatian kepadanya dengan tujuan penghayatan.
Menurut al-Zarqaniy, umat Islam kini tidak akan maju sekiranya mereka tidak memberi penghayatan kepada ajaran al-Quran, yang menjadi sumber kebahagiaan di dunia dan akhirat. Begitu juga dengan pengamalan ajaran al-Quran, ia tidak dapat dilakukan, melainkan setelah difahami makna dan maksudnya (al-Zarqaniy, Manahil al-'Irfan Fi 'Ulum al-Quran, 1988 jil: 1 hlm: 475).
Perlu ditegaskan bahawa semua fakta dalam al-Quran adalah mutlak sifatnya. Ia sama saja seperti fakta yang dimanifestasikan oleh alam semesta ini. Jika alam ini adalah ayat atau ungkapan yang diam membisu, tetapi dapat dibaca atau diperoleh idea dan pengajaran daripadanya, maka ayat al-Quran pula adalah alam yang berkata-kata. Ia yang memperkenalkan kepada manusia akan Tuhannya, membimbing serta menerajui mereka dengan wajar melalui liku hidup di dunia ini.
Pengajian mengenai al-Quran daripada pelbagai sudut adalah penting untuk memahami isi kandungannya serta meletakkan nilainya yang wajar dalam kehidupan manusia. Pengajian ini juga seterusnya bertujuan dihayati dan dijadikan panduan dan pedoman dalam segala bidang kehidupan. Perkara itu kerana kehidupan yang tidak berpandukan kebenaran akan terus menderita dan sengsara dilanda pelbagai krisis.
Umat Islam tidak mungkin dapat melaksanakan peranan besar, lagi mencabar dalam setiap lapangan, sekiranya gagal menghayati ajaran al-Quran. Umat Islam kini perlu kembali menghayati al-Quran seperti yang dilakukan oleh umat Islam pada zaman awal Islam, terutama pada zaman Rasulullah dan sahabat.
Dengan penghayatan al-Quran yang sempurna, insya-Allah akan mengubah seluruh keadaan hidup umat Islam. Seterusnya, meletakkan mereka semula pada kedudukan yang melayakkan mereka menerajui kepemimpinan dunia sekali lagi. Perkara ini bukan impian kosong, tetapi sesuatu yang terbukti kebenarannya dalam sejarah.

Bukti Al-Quran Memuliakan Wanita

on Tuesday, August 16, 2005


WANITA dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba Allah. Allah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 195 yang bermaksud: Maka Allah memperkenankan permohonan mereka (dengan berfirman): ``Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal di antara kamu, sama ada lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.

Al-Quran menjelaskan kelebihan individu tidak terletak pada jantinanya, sebaliknya pada takwa. Berhubung dengan ini, di dalam surah al-Hujurat ayat 13 Allah berfirman: Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu.

Semasa Mariam, ibu Nabi Isa a.s. mengandung, masyarakat sekeliling mengutuk beliau tetapi Allah memuliakan beliau melalui firman-Nya di dalam surah Ali Imran ayat 42 yang bermaksud : Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibril) berkata: Wahai Mariam, sesungguhnya Allah telah memilihmu, menyucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang hidup semasa dengan kamu).

Semasa Firaun bertindak kejam membunuh anak-anak lelaki Bani Israel, Allah memuliakan ibu Nabi Musa dengan mententeramkan jiwa beliau melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia dan apabila kamu khuatir ke atas keselamatannya, letakkanlah dia di atas sungai (Nil). Dan janganlah kamu bimbang dan janganlah pula bersedih hati kerana Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya (salah seorang) daripada rasul. Kenyataan ini disebutkan di dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 7.

Di dalam surah al-Qasas ayat 26 pula Allah memuliakan anak perempuan Nabi Syuaib dengan merakamkan pandangan beliau yang bernilai berhubung dengan aspek pengurusan. Allah berfirman: Dan salah seorang daripada kedua-dua wanita itu berkata : Wahai bapaku,ambillah dia (Musa) sebagai pekerja kita kerana sesungguhnya orang yang paling baik untuk dijadikan pekerja ialah seorang yang gagah lagi dapat dipercayai. Al-Quran juga merakamkan kebijaksanaan kepimpinan Permaisuri Negeri Saba, Balqis di dalam surah an-Naml ayat 33: Kita mempunyai kekuatan dan keberanian yang cukup, namun urusan ini terserah kepadamu. Justeru itu perhatikanlah apa yang hendak kamu perintahkan. Permaisuri (Balqis) berkata: ``Raja-raja apabila memasuki sesebuah negeri akan merosakkan negeri itu dan menjadikan penduduknya yang mulia itu hina. Itulah yang akan mereka lakukan.

Pada zaman jahiliah, menjadi perkara biasa apabila bayi-bayi perempuan ditanam hidup-hidup demi memelihara keluarga daripada aib dan malu. Islam menentang adat resam ini melalui firman-Nya di dalam surah at-Takwir ayat 8-9 yang bermaksud: Dan apabila bayi-bayi perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah maka dia dibunuh?

Bagi menampakkan penentangan pada sistem jahiliah yang menghina kaum wanita, Nabi s.a.w. bersabda : Sesiapa yang memiliki tiga orang puteri atau tiga saudara perempuan, atau dua orang puteri atau dua saudara perempuan , lalu dididiknya mereka dan dijaganya mereka dengan baik, kemudian dikahwinkan mereka, baginya syurga. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud).

Semua ini adalah bukti jelas yang menunjukkan betapa al-Quran dan Islam memuliakan kaum wanita.

= KerepeK =.

Ketukan pahat masih berbunyi

on Saturday, August 13, 2005

Emm biarpun AF3 telah selesai sudah mau seminggu tetapi ceritanya macam itu macam ini masih lagi berbunyi. Ada lagi yang yang puas hati macam tidak dapat terima kendeyaan yang mereka sokong, mereka minati, mereka undi selama ini telah gagal tidak berjaya seperti yang mereka harapkan.

Kenapalah mereka tidak berfikir bahawa mereka kalah kerana mereka kurang pengundi, yang mereka sokong tur kurang peminatnya tidak seperti yang menjadi juara. Memang nampak hebat AF3 kali ini, tidak seperti yang tahun lepas. Tahun lepas di pertengahan baru nampak siapa yang bakal menjadi juara.

AF3 ni, awal2 lagi kita dah nampak siapa pemenangnyer kan. Terus terang aku kata bila dah nampak macam tur aku terus berhenti undi sebab dah agak yang itu pasti akan juara. Si Astro pun satu jugak, ambil kesempatan. Peratus undi yang selama ini boleh dilihat telah tidak ditunjuk pada umum. Dengan ini membuatkan pengundi yang telah berhenti undi sambung balik undi, sebab bimbang yang disokong kalah tanpa disangka. Nasib baiklah aku tidak terpengaruh. Hehehe...

Entah beraplah keuntungan yang Astro dapat yek?

Itu ajerlah tak mo nak cerita panjang, nanti ada lak yang marah2 kat aku. Macam kawan sekerja aku dah kurang bercakap dengan aku sebab yang dia minat dia sokong telah kalah. Aku dah beritahu awal2 pada dia, yang dia akan menyesal. Dah sekarang diam2 ajer. Kesian aku tengok. Macam orang putus cinta ajer gayanya.

Ok selamat untuk semua.

Ajaran Sesat Ayah Pin

on Tuesday, August 02, 2005


KUALA TERENGGANU: Pas diselar kerana gagal bertindak tegas terhadap kegiatan ajaran sesat Ayah Pin yang berpusat di Kampung Batu 13, Hulu Besut sehingga membolehkan pengikut kumpulan itu membina replika dan struktur sebagai simbol ajaran `kerajaan langit'.
Semua replika yang dirobohkan pada 31 Julai lalu dibina sepanjang pemerintahan kerajaan Pas antara 1999 dan 2003.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Wan Mohd Wan Hassan, berkata kegagalan mengambil tindakan terhadap ketua ajaran sesat itu, Ayah Pin atau Ariffin Mohamad, 62, dan pengikutnya menyebabkan kegiatan itu berkembang secara mendadak.
Bagaimanapun, katanya, selepas Barisan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan, kerajaan negeri bersungguh-sungguh mengambil tindakan terhadap kumpulan itu bagi membendung pengaruh yang dipercayai merebak ke Selangor, Pahang, Perak dan Johor serta negeri asal ajaran itu, Kelantan.
Katanya, tindakan tegas kerajaan negeri membolehkan replika termasuk teko gergasi di perkampungan itu dimusnahkan dan sisa runtuhan dibuang ke kawasan lombong tinggal di Lata Tembakah, Hulu Besut.Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga mengadakan operasi pemeriksaan berwaran terhadap pengikut Ayah Pin dan hasilnya seramai 69 pengikut ditangkap dan 44 daripada mereka didakwa di mahkamah.
"Kerajaan negeri juga memastikan pengikut Ayah Pin yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan meninggalkan perkampungan Batu 13.
"Program pemulihan akidah secara bersepadu dilakukan membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Harun Taib (Pas-Manir) pada sidang Dewan Undangan Negeri, semalam.
Wan Mohd berkata, polis juga sentiasa mengadakan sekatan jalan raya selain menyebarkan risalah sehingga kegiatan Ayah Pin kini lumpuh.
Beliau berkata, kegiatan kumpulan ajaran sesat itu mula ditangani pihak berkuasa agama negeri sejak dibawa masuk ke Terengganu pada 1975 oleh Hassan Anak Rimau atau Ayah Hassan sebelum Hassan Anak Rimau dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan dibuang daerah.
Jabatan Fatwa Negeri Terengganu mewartakan fatwa pada 4 Disember 1997 iaitu ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat dan menyeleweng.
Catatan pewartaan:
Kategori : Akidah - Ajaran Ayah Pin adalah sesat , menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah
Isu: Ajaran Ayah Pin adalah sesat,menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah. Kerana itu hendaklah orang ramai menghindarkan diri dari terbabit dengannya.
Fatwa: Oleh yang demikian,pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat MelayuTerengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan Fatwa berikut:
1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalahpalsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.
2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut.

Rujukan Pewartaan : 1461 Tarikh Pewartaan : 4 Disember 1997
Antaranya penyelewangan:
1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara',
3. Beliau pernah menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara'.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum Syara'.
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.
14.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
15.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
16.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
17.Percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku :-
i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada' dan Qadar masing-masing bahagian.
= Jauhilah kemungkaran - KerepeK

masuk bulan 8

on Monday, August 01, 2005


Wahh.. cepat betul berjalan bergeraknyer masa kan, sedar dengan tidak sudah pun masuk bulan 8. Begitulah pantasnyer pergerakan masa sekarang. Kalau dulu masa kecil2 rasa masa mau bergerak punyalah lama, terutama kalau esok ada satu perkara besar hendak dibuat. Balik2 tersedar daripada tidur dan tengok belum lagik siang... hehe. Macam itulah masa kecil.

Sekarang ni tidak, mahu tahan ianya tetap akan bergerak dan yang paling jelas bergeraknya umur kitakan kan... emm semakin tua usia ini hehe. Begitulah.

Cepat masa begerak maka cepatlah gaji okey jugak!! Tapi ada gaji pun bukan apa jugak banyak nak bayar hutang ajer... itulah ceritanya.

Okeylah... Bulan 8 (Ogos) adalah bulan kemerdekaan.. jangan lupa beli bendera besar dan kecil. Yang besar pasang di rumah dan yang kecil pasang di kereta. Emm menyahut seruan kerajaan menunjukkan kita telah MERDEKA!!

Pada hal.. masih lagik dijajah, tanpa kita sedar. Hebatnyer penjajah kan
Okey itu ajerlah.. nanti cerita lagi..

habis dikopak lantai

on Friday, July 29, 2005

Lantai rumah aku habis kena kopak... berabuk habis.
Tak ada apa nak kata, esok dia orang kata akan sambung lagik kerja, tapi sampai tengahari ajer. Nampaknya hari Isnin pun masih tak siap lagi agaknyer...

Sambil tunggu dia orang buat kerja aku berkurung dalam bilik tengok TB dengan main XBox. Kadang terasa boringnyer... sekali-sekala kirim masej pada tersayang. Hari ni tersayang sibuk dengan kerja, kadang2 jer dia jawab masej. Sekurangnyer jawab jugak. Dibuat tidak jawab terus mulalah menggelabah aku kan kan... hehehe

tur jerr...
Esok diaorang sambung lagi... setengah hari jerr..
aku pun tak kerja esok.... YO

betul lantai rumah

on Thursday, July 28, 2005

Wah... ari ni sibuk pergi balik ke rumah aku yang satu lagik, ada masalah dengan lantai (mozet) bila pijak berbunyi macam mau runtuh. Yang tukang betul kata mau buka semua mozet, tapi ari ni tak boleh buat sebab mau order barang dulu... yer lah.

Macam2 betul lerr... Betullah orang kata rumah kalau tidak diduduki pasti macam2 boleh jadi, yang paling jelas... punyalah banyak taik cicak. Semua duk ditepi2 dinding. Yang hairannya cicak tak ada nampak pun, mana lak datangnya yek?

Sawang... tak ucah kata ler punya banyak. Nak disewakan pada orang rasa macam tak mau lerr.. jadi bulan2 bayar potongan kerajaaan ajerlah... banyak jugak RM6xx.xx. boleh tahan tur.
Kalau dapat penyewa yang ok, Jadik ok ler rumah, kalau dapat penyewa yang emmm. Habislah rumah aku.

Jadi jalannya... biar aje.. kadang2 bila cuti tak kemana2 pergi tinggal bermalam selama dua. Kalau ada kawan dari jauh datang boleh dia orang tinggal sana tak payah nak sewa hotel lagi. Ok jugak tur. Itu are ari ni..

pantun::: TUDUNG SEKARANG

on Wednesday, July 27, 2005



Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis?

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung,kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

Terima kasih - KerepeK

ada rehat sikit

Nampaknya petang ni ada sikit rehat, tidak berapa kelam kabut macam pagi tadi. Bermacam2 perkara yang hendak dibuat, belum selesai satu perkara kena buat lagi satu perkara. Begitulah keadaannya kerja kelam kabut macamlah nak berperang, tur belum lagik berperang, kalau berperang entahlah macam mana agaknyer yek?

Tak apalah, pelan2 buat siap jugak, yang penting apa yang diperlukan siap. Hasil yang dibuat terbaik, tidak mahu buat kerja lebih kurang.

Hasil kerja perlu berkualiti.. menunjukkan mutu kerja kita.
itu saja...

SMS menarik aku terima

on Tuesday, July 26, 2005


Mesej daripada Persatuan Bank-bank Malaysia:

Semua operasi ATM dibekukan mulai hari ini disebabkan nombor pin kad ATM tidak dapat disahkan kerana bapa segala pin iaitu Ayah Pin telah melarikan diri...

hehehe... menarik tu msg. aku terima daripada baulu.

Tak kerja..

on Monday, July 25, 2005



Wahhh tak kerja!! Yo..

Ari ni tak kerja lerrr sebab semalam kerja 24 jam tak balik2 rumah - berumah tangga di pejabat. Kadang kala seronok jugak kerja lebih masa dapat ambil off, tapi masalahnyer masa hari orang bercuti kita terpaksalah bekerja. Tapi apa bleh buat sudah jadi tanggungjawab.


"ingat TANGGUNGJAWAB kita"
Ada masanya bekerja waktu cuti seronok sebab duduk saja, tetapi kalau ada apa2 hal susah oo sebab semua orang pandai off telfon masing2, semuanya betul2 mau bercuti, itu yang susahnyer. Susah nak dikesan.
Masa nak bercuti cakap bukan mainnya: "boleh dihubungi pada bila2 masa, telfon tidak akan dioff.. ON 24 jam.. Cakap saja, pada hal tidak pun, buang masa jer! Kalau aku ada kuasa mengoff gaji diorangkan best, barulah diorang tahu.
Tak apa biasalah.. mau berehat tak salah jugak. Ada masanya orang mau jugak betul2 bercuti bersama keluarga atau bersama tersayang. Kadang aku begitu jugak. Ok itu saja untuk hari ini.
Catatan: sana sini masih orang bercerita pasal AF3, hebat betul.

3. Dunia adalah persinggahan.

on Wednesday, June 29, 2005

Dunia ini penuh ranjau dan dugaan, dunia ini penuh tipu daya dan syaitan, jangan anda lalai tanpa tujuan kerana dunia yang indah ni adalah persinggahan sementara untuk insan, dunia yang indah ini adalah ujian.

Orang yang beriman akan mengetahui rahsia kejadian alam, kerana dalam hatinya selalu tersembunyi pertanyaan-pertanyaan yang meminta jawapan, pertanyaan tersebut ialah: Alam ini apa? Manusia ini siapa? Dari mana keduanya datang? Siapa yang menciptakan keduanya? Ke mana tujuan keduanya? Bagaimana permulaan terjadi keduanya? Siapa yang mengatur gerak keduanya? Apa erti hidup ini? Apa erti kematian itu? Bagaimana keadaan masa yang akan datang yang sedang menunggu kita?

Dengan memperhatikan alam semester, fitrah dan akal manusia mengatakan, sesungguhnya Pencipta Yang Maha Bijaksana, telah menciptakan alam ni tidaklah dengan sia-sia.

Tujuan yang sebenar dalam menciptakan langit dan bumi ini, dirasakan oleh fitrah dan akal orang yang beriman, iaitu bahawa manusia dalam alam ini mempunyai tugas dan tanggungjawab, dan di sebalik hidup yang fana dan penuh cubaan ini ada lagi kehidupan yang lain. Itulah tujuan hidup dan ke sanalah kesudahan perjalanan hidup manusia. Di situ orang yang berbuat kebaikan, menerima balasan yang baik. Dan sebaliknya orang yang melakukan kesalahan, akan menerima balasan yang buruk, sehingga akan nyata dan berbeza orang baik dengan yang buruk. Kedua orang tu tidak sama.

Dunia adalah kerajaan Allah, segala yang ada di alam ini adalah bekas rahmat Allah. Manusia ini khalifah Allah, diciptakan untuk memuji Allah dan memikul amanat Allah. Hidup ini pemberian Allah dan kematian adalah qadar atau ukuran dari Allah.

Dunia ini kebun tempat berusaha untuk mematuhi perintah Allah, dan akhirat itu masa menuai dan menerima balasan dari Allah. Orang yang berbahagia ialah ang menjalankan petunjuk Allah, dan orang yang malang ialah yang membelakangkan diri dari pengajaran Allah.

Manusia ini memikul beban dan tanggungjawab dalam negeri yang fana dan penuh cabaran ini, supaya mempunyai persiapan untuk selamanya dalam negeri yang kekal. Kematian adalah jambatan yang menghubungkan antara keduanya.

Alam adalah laksana sebuah kitab yang besar yang terbentang di muka kita, di dalamnya ukup tertulis perjuangan hidup yang telah ditempuh manusia, ada yang beruntung, bahagia dan ada pula yang jatuh sengsara. Bagi orang yang bijaksana semuanya itu akan dijadikan guru untuk mengambil pelajaran.

Alam ini mulanya tidak ada kemuliaan ada dan kemudian lenyap kembali. Harta dan jiwa tidak diberikan sebagai kepunyaan yang tetap akan tetapi sebagai pinjaman. Setiap sesuatu yang ada permulaan, akan ada perubahan dan akan ada akhiran.

Orang-orang yang tidak beriman memandang alam ni dengan sebelah mata, sedangkan bagi orang yang beriman memandangnya dengan dua mata, iaitu dengan mata zahir dan mata batin. Dengan pandangan batin inilah orang tidak mahu berbuat kejahatan walaupun tidak ada orang yang melihatnya, kerana itu pula orang dapat hidup bahagia dan mahu mengorbankan hartanya.

Di dunia ini lebih mudah berbuat kebaikan dari kejahatan. Tetapi manusia lebih condong berbuat kejahatan dari kebaikan. Hal ini disebabkan nafsu lebih tua daripada akal. Iblis lebih tua umurnya dari manusia. Sedangkan manusia dikepung dari empat penjuru, kiri hawa, di kanan nafsu, di muka dunia, di belakang syaitan. Tubuh dan dunia berada dalam kekotoran, oleh sebab itu jiwa perlu dibersihkan dengan pengetahuan dan keimanan.

Dunia tu untuk kegembiraan, akan tetapi kegembiraan itu dibungkus dengan kesusahan. Dunia jambatan yang tidak kekal, untuk dilalui e negeri yang baqa’.

2. Dunia pinjaman yang harus dikembalikan

on Tuesday, June 28, 2005



Dunia adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam di dalamnya, oleh sebab itu sediakanlah perahu untuk berlayar di atasnya, perahu tersebut ialah taqwa kepada Allah.

Dua macam yang aku dapatkan di dunia ni, sesuatu yang untuk ku, tidak akan terlepas daripada ku, dan sesuatu yang untuk orang lain tidak akan dapat aku kejar.

Siapa yang pada pagi harinya menjadikan dunia ini sebagai kepentingannya yang utama, maka Allah akan melazimkan dalam hatinya tiga macam:
1. Kerisauan yang tak putus-putus untuk selamanya,
2. Kesibukan yang tidak ada istirahatnya untuk selamanya,
3. Rasa kefakiran yang tidak ada hujungnya sampai ia mati.

Tiada seorang pun pada setiap harinya melainkan ia sebagai tamu, dan hartanya sebagai pinjaman. Tamu harus berangkat meninggalkan tempat, sedangkan pinjaman harus segera dikembalikan.

Kejahatan itu semuanya di kumpul dalam sebuah rumah sedangkan kuncinya ialah cinta kepada dunia, dan kebaikan itu juga dikumpulkan dalam sebuah rumah, sedangkan kuncinya ialah zuhud.

Hamba ku yang mukmin merasa gembira jika aku lapangkan sedikit untuknya tentang dunia, padahal yang demikian itu bererti ia akan jauh daripada ku, dan merasa susah jika aku kurangkan padanya kesenangan dunia, padahal yang demikian itu lebih mendekatkan ia kepada ku.

Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya, kecuali tidak perkara. Sedekah jariah, ilmu yang dapat memberikan manfaat, anak yang soleh yang akan mendoakannya.

Waspadalah kamu terhadap dunia dan waspadalah terhadap kaum wanita, kerana fitnah yang pertama kali timbul di kalangan Bani Israil berpunca dari kaum wanita.

Ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan bermegah sesama kamu, berlumba-lumba memperbanyakkan kekayaan dan anak-anak, seumpama hujan mengkagumkan petani, tanamannya yang kemudiannya menjadi kering dan engkau melihat berwarna kuning dan kemudian menjadi musnah. Dan di akhirat seksaan yang amat berat untuk mereka yang bersalah. Dan pengampunan serta keredaan dari Allah untuk golongan yang melakukan kebaikan. Dan kehidupan di dunia ni adalah kesenangan yang memperdayakan.

Dunia ini adalah padang luas, di mana Adam dan Hawa diturunkan, ada di dalamnya berbagai-bagai cerita, dan ada di dalamnya berbagai-bagai angkara.

Dunia tempat insan mengembangkan zuriat, di sinilah anda mengejar segala kehidupan, awaslah dengan kehidupan ini, jika anda lalai memahami erti hidup anda akan ditelan mala petaka.

1. Dunia bukan matlamat terakhir

on Monday, June 27, 2005

Barang siapa yang menjadikan dunia sebagai matlamat dan cita-cita hidupnya, nescaya Allah mencerai-beraikan urusannya, dan menjadikan kemiskinan menghantui dirinya, serta tidak akan datang keduniaan kepadanya melainkan sekadar yang ditetapkan. Dan barang siapa yang menjadikan akhirat sebagai niatnya, nescaya Allah menghimpunkan segala urusannya, serta mendatangkan kepuasan dalam hatinya, sementara dunia tunduk kepadanya.

Bekerjalah kamu untuk dunia mu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, akan tetapi beramallah kamu untuk akhirat mu seolah-olah kamu akan mati esok.

Wahai manusia, sesungguhnya untuk kamu telah ada jalan atau petunjuk, maka berhentilah pada jalan atau petunjuk itu, dan kepada mu juga telah ditentukan batas-batas, maka berhentilah pada batas-batas itu. Sesungguhnya seorang hamba yang mukmin berada di antara dua ketakutan, antara hal masa yang lalu, ia tidak mengetahui bagaimana Allah akan berbuat padanya, dan masa yang akan datang, ia tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada dirinya. Kerana itu, setiap orang harus mempunyai bekal untuk kepentingan dirinya, dari masa hidupnya untuk matinya, dari masa mudanya untuk tuanya, dari dunianya untuk akhiratnya. Demi Allah yang jiwa ku ada di tangan Nya, sesudah mati tidak ada jalan untuk taubat, dan sesudah dunia tidak ada tempat kecuali syurga atau neraka.

Sungguh sangat menghairankan bagi orang yang percaya kepada tempat yang kekal abadi, kemudian a masih sibuk dengan dunia ini sebagai tempat tipuan dan sementara.

Dunia bagaikan penjara bagi orang mukmin dan kubur bagaikan bentengnya, dan syurga tempat tinggalnya. Dan dunia ini bagaikan syurga bagi orang kafir, sedangkan kubur sebagai penjaranya dan neraka tempat tinggalnya.

Seorang mukmin meskipun ada kalanya ia mewah dan nikmat di dunia in, tetapi jika dibandingkan dengan nikmat yang disediakan untuknya di syurga, maka seolah-olah ia berada dalam penjara, sebab seseorang jika mati dan diperlihatkan kepadanya tentang syurga dan kemuliaan yang ada di dalamnya, ia sedar bahawa selama ini di dunia seolah-olah dalam penjara. Sedangkan orang yang kafir jika mati dan diperlihatkan kepadanya hukuman dalam neraka, maka ia merasa bahawa ia tadinya dalam syurga. Kerana itu seorang yang berakal tidak akan merasa gembira dalam penjara.

Dunia ini bagaikan ladang Tuhan Rabul a’lamin dan manusia sebagai tanamannya, sedangkan maut itu sebagai cangkulnya. Dan malaikat maut sebagai pengetamnya, dan kubur sebagai lumbungnya, dan kiamat sebagai lesungnya, syurga atau neraka sebagai tempat pemuasnya, sebahagian dalam syurga dan sebahagian dalam neraka.

Kebaya Nyonya

on Saturday, June 04, 2005


Fesyen kebaya nyonya terhasil dari cantuman budaya yang berkembang pada pendatang awal peranakan Cina (Baba dan Nyonya) suatu ketika dahulu. Ini kerana cara hidup mereka banyak dipengaruhi oleh dua budaya iaitu kebudayaan Cina dan Melayu. Golongan Baba dan Nyonya ini telah berkembang di sekitar Selat Melaka iaitu Penang, Singapura dan Melaka.
Baju kebaya nyonya biasanya akan dipadankan bersama kain batik sarung ataupun kain batik lepas yang diikat kemas. Asas bagi sepasang baju kebaya nyonya adalah ringkas reka bentuk sulam pada bahagian lapik kain. Sulaman ini adalah hasil campuran motif bunga, figura atau geometri yang disulam dengan jahitan satin zig zag, lubang butang dan tebuk lubang. Fabrik yang biasa digunakan adalah dari jenis kasa rumbia.
Bagi kaum Baba dan Nyonya, corak dan rekaan kebaya adalah berlainan mengikut majlis yang dihadiri. Untuk majlis keramaian, nyonya yang diberi penghormatan akan memakai baju panjang dengan sarung kain batik lasong selain mengenakan barang kemas yang direka khas untuknya. Golongan muda-mudi mula akan memakai baju kebaya pendek bersulam dengan pilihan warna yang agak terang. Untuk keluarga berkabung, keluarga si mati akan memakai baju kebaya nyonya dari pilihan warna yang lembut iaitu hijau, hitam, putih dan biru. Corak dan ketebalan sulaman pada fabrik tidak terhad. Pakaian basahan ataupun duduk rumah biasanya menggunakan fabrik dari kain rumbia berpetak, bergaris atau berbintik yang dihiasi dengan sedikit sulaman berkelok. Aksesori dan barang kemas yang dipakai adalah minimum dan praktikal.
Pada awalnya, golongan Baba dan Nyonya ini memakai baju panjang (kebaya labuh) sebelum memakai baju kebaya. Tetapi pada tahun 1920-an, baju panjang ini telah diubah menjadi pendek. Penggunaan fabrik tetap sama tetapi ditambah pula dengan hiasan sulaman dan jahitan renda. Pada tahun 1930-an, baju kebaya nyonya yang dijahit renda telah menjadi tumpuan fesyen golongan ini dengan potongan yang lebih ketat serta dua kepingan kain berbentuk segi tiga di hadapan dijadikan sebagai lapik. Pada tahun 1940-an, kain renda dalam pelbagai warna telah diperkenalkan. Ianya dicantikkan lagi dengan sedikit hiasan sulaman di pesisiran terbuka fabrik.
Pada tahun 1950-an, pemakaian kebaya nyonya telah menjadi tumpuan fesyen dan digemari oleh semua lapisan masyarakat. Semua golongan wanita memakainya sama ada untuk ke tempat kerja ataupun majlis-majlis rasmi. Pakaian ini juga menjadi pilihan personaliti filem pada ketika itu.
Kini, fesyen kebaya nyonya sekali lagi menjadi pilihan ramai. Rekaannya telah dipelbagaikan dan dimodenkan sesuai dengan perkembangan fesyen masa kini. ia lebih dikenali dengan nama ‘Kebaya Nyonya Splendour’. Fabrik yang digunakan juga lebih pelbagai antaranya dari jenis renda, sutera, satin dan sebagainya. Pemilihan padanan kain tetap sama iaitu dari jenis batik sarung ataupun batik lepas.

Batik

on Tuesday, April 26, 2005

Perkembangan batik di Nusantara telah bermula sejak 200 tahun dahulu. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa batik berasal dari Kepulauan Jawa, Indonesia. Kemudian ia berkembang di Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Borneo, Filipina dan juga negara luar seperti India, China, Taiwan, Holland dan England. Di Malaysia, batik mula berkembang sejak zaman kerajaan Sriwijaya. Contoh terawal penciptaan batik asas setempat dengan menggunakan kain pelangi atau ‘bhadana’ tanpa menggunakan lilin. Teknik ikat dan celup ini menghasilkan tekstil Serian batik yang indah.

Perkataan ‘batik’ berasal daripada Bahasa Jawa, iaitu ‘ambatik’ yang bermaksud kain yang bercorakkan titik-titik kecil. Batik bererti juga kain mori yang diberi ragam hias dan diproses secara tradisional sebagai kain sarung oleh suku-suku bangsa di Malaysia dan Indonesia. Kemahiran serta kemampuan orang-orang Jawa menghasilkan batik yang bermutu tinggi sejak zaman tradisi lagi adalah faktor utama istilah batik menjadi istilah yang bersifat sarwajagat.

Proses membatik menggunakan bahan celupan yang ditiru daripada teknik bhadana India dan kain pelangi sutera Cina. Pembatik Melayu mengolah proses ini dengan menggunakan proses kayu atau sarang bunga. Pada keseluruhannya proses membatik menggunakan blok sahaja. Motif atau corak yang berlainan menggunakan blok dan warna yang berasingan. Dimulai dengan mencelup kain dalam warna kuning atau putih dan selepas itu diterap dengan lilin pertama serta dicelup dengan warna yang gelap. Kain diterap kali kedua dan dicelup dengan warna yang lebih gelap. Kain akan direbus dalam air yang mengandungi abu soda dan warna yang berlainan terhasil dan menutupi setiap blok.

Proses membatik yang paling tradisional ialah menconteng dengan canting. Canting digunakan sebagai alat untuk menerapkan campuran lilin panas pada kain yang hendak dicorakkan. Canting diperbuat daripada tembaga dan mempunyai saluran kecil di bahagian hujungnya untuk memudahkan proses menconteng. Pewarna disapu pada kain setelah menconteng kesemua motif. Tempat-tempat warna itu ditutup dengan lilin sebelum kain dicelup dalam warna latar belakang dan kemudian direbus. Proses ini memakan masa dan memerlukan kepakaran pembatik. Tetapi kini, proses dan teknik membatik berbagai-bagai. Antaranya batik cap, batik tulis, batik pelangi, batik stensil, batik cetak luah dan batik eksklusif.

Motif batik bukan sahaja memaparkan keindahan tetapi juga mempunyai tujuan tertentu. Pada peringkat penggunaan blok kayu, reka corak batik begitu sederhana tetapi memperlihatkan variasi motif yang terdiri daripada bentuk titik, bulatan dan garis untuk membentuk susunan anting-anting atau bunga mala, bunga bintang dan bunga bebaling. Unsur alam tumbuhan diilhamkan daripada bentuk bunga, putik, daun, ranting atau pucuk yang disusun tunggal, menjalar datar atau bertabur. Antara corak-corak kain batik sarung pula ialah pokok, Lasam, Tangga Mas, Sinar Mas, Terang Bulan, Belah Ketupat, Jalur Malaysia, Serong, Retak Seribu, Solo, Ayam Den Lapeh, Bintang Sore, Musang Berjanggut, Siku Kluang dan Kijang Berjuang. Kain batik sarung corak Lasam, Tangga Mas, Sinar Mas dan Belah Ketupat memperlihatkan variasi susunan motif.

Di Malaysia, pihak kerajaan bersama-sama turun padang memajukan industri batik ini. Batik dimajukan dengan cara tersendiri, iaitu dengan penggunaan teknologi bahan pewarna Jepun dan Jerman. Jenis fabrik yang sesuai adalah dari jenis kain Mori, kain Cheese, Voile, kain Lawns, kain Cita, Sutera dan kain Terylene Kapas. Bagaimanapun sehingga kini batik belum boleh dicap pada kain tiruan kerana lilin panas akan merosakkan corak kain batik tersebut. Batik tiruan tidak mempunyai corak dan warna pada sebelah dalam. Batik tulen tebal warnanya dan tidak kecut kerana dimasak sekurang-kurangnya tiga atau empat kali.

Pada masa dahulu, kain batik hanya di pakai oleh kaum wanita. Selain dijadikan pakaian basahan atau pakaian harian ia juga dipakai untuk ke majlis, buaian bayi atau anak kecil, mengendong anak kecil, menutup mayat dan sebagai penutup keranda mengusung mayat ke pusara. Kini penggunaan corak batik tidak terhad pada kain batik sarung atau batik lepas tetapi dipelbagaikan kegunaannya iaitu sebagai kemeja lelaki, gaun wanita, sarung bantal, alas meja, hiasan dinding, beg, kaftan dan sebagainya. Ahli-ahli seni lukis kita mempelbagaikan karya mereka dengan ciptaan corak batik yang lebih moden sesuai dengan kehendak pengguna. Pakaian batik juga dijadikan pakaian rasmi untuk menghadiri majlis-majlis keramaian sama ada anjuran pihak kerajaan mahupun swasta.