Jumlah kehadiran di MUATURUN

on Monday, July 21, 2008

Kepek mula kenal dengan blog pada 8/10/2004 07:21AM dengan mengujudkan blog bertajuk 'ingat TANGGUNGJAWAB kita' dan tak silap seminggu selepas itu Kepek buat blog bertemakan 'download lagu' kerana kawan2 kepek yang tinggal di oversea selalu mengadu susah mau dapat lagu melayu, tambah lagi masa itu sedang hangat dengan AF. Kepek ok saja dan bina 'Muaturun - Lagu Top Masa Kini' hanya bertujuan untuk bertukar lagu dengan kawan-kawan.

Lama kelamaan banyak pulak permintaan lagu dari 'bukan kawan' sekadar kenalan. Kepek sedaya mungkin melayan permintaan mereka semua. Siap ada yang marah-marah sebab lambat meletakkan lagu permintaan mereka. Ada juga yang marah-marah sebab lagu yang mereka muaturun tidak penuh (pada hal line diaorang yang slow) Semua Kepek terima, layan sebaiknya.

Tahun 2005, Muaturun semakin mengganas. Sampai Kepek ada terima email dari syarikat rakaman juga dari artis (entah betul artis ke tak) memberi amaran tidak meneruskan blog Muaturun. Pada hal masa itu ada juga laman-laman web yang menyediakan muat turun lagu, tetapi tidak berkonsepkan blog macam Kepek. Kepek membalas email dengan memohon maaf dan menerangkan tujuan Kepek ujudkan Muaturun. Ada yang terima ada yang berdiam.

Chat Cbox
Pada pertengahan 2005 Kepek letak ruang chat di Muaturun. Dan pada 21 Oct 2006, Kepek telah dihubungi oleh pemilik Cbox agar Kepek daftar untuk dapat kelebihan yang lebih baik dengan Cbox. Rupa-rupanya pemilik Cbox member Kepek lama (Jejak Kasih berlaku...) hinggalah sekarang Kepek mengguna perkhidmatan Cbox. TQ

Jumlah Pengunjung Muaturun
Mengikut rekod daripada webstats.motigo.com, tarikh atau hari yang paling ramai pengunjung adalah pada : 4 October 2007 dengan jumlah seramai 32,698 orang. Kepek mula menggunakan perkhidmatan webstats.motigo.com pada 16 September 2005. Sebelum itu Kepek mengguna kiraan sistem JAVA sendiri dan catatan Kepek adalah seramai 15,514,833 (kiraan untuk hari ini: 21 Julai 2008 jam 2022hrs)

Untuk kiraan penuh daripada webstats.motigo.com, adalah seperti berikut:

Summary
Measuring since - 16 September 2005
Total number of page views up till now - 13,451,439

Busiest day so far - 4 October 2007

Page views - 32,698

Page views yesterday - 9,670

Page views today - 10,412

(kiraan untuk hari ini: 21 Julai 2008 jam 2012hrs)


Sekarang blog yang seakan-akan Muaturun telah bertambah dari sehari ke sehari. Rasa-rasa sudah melebihi 100 blog agaknya. Itu tanda perkembangan blog semakin diterima.

Terima kasih pada semua kawan-kawan, kenalan, sahabat semua kerana menyokong Muaturun. Kepek akan cuba buat yang terbaik membantu semua.

KerepeK -
Tahukah anda Layout Muaturun telah diubah sebanyak 5 kali (tidak termasuk bertukar banner)

Debat - Kebebasan Bersuara

on Saturday, July 19, 2008


Di luar lingkaran: Pemenangnya ialah... Kebebasan Bersuara

Debat Shabery-Anwar cipta sejarah negara

PEMENANG Debat Agendadaily malam Selasa lalu sebenarnya ialah kebebasan bersuara. Sesiapapun yang mempunyai keraguan tentang kesediaan kerajaan memberikan ruang untuk pimpinan pembangkang menyatakan pendirian dan menghujahkan kepercayaan mereka kepada rakyat umum, sepatutnya berfikir banyak kali. Debat yang berlangsung di Balai Budaya, Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui TV9, Saluran Awani dan Bernama TV. Waktu siaran "prime time" - 9 hingga 10 malam memungkinkan jutaan penonton menyaksikannya.

Apabila Hanafiah Man dan teman-teman dari Agendadaily mencadangkan program bersejarah itu saya tidak ragu-ragu penyiarannya akan menjadi kenyataan. Ramai yang percaya bukanlah cadangan yang baik membenarkan seorang tokoh pembangkang yang petah bercakap dan karismatik pula muncul di TV pada masa ini. Inilah hujah yang diberikan oleh pelbagai pihak beberapa tahun dahulu apabila Datuk Kadir Sheikh Fadzir (Tan Sri) mencadangkan "Debat Perdana" di TV1.

Beliau mahu perbincangan cerdik dan terbuka membabitkan bukan sahaja penyokong kerajaan tetapi juga pimpinan pembangkang di RTM. Pada masa itu ramai dari kalangan penyokong kerajaan yang tidak menyenangi usaha itu. Memberikan ruang pada pemimpin pembangkang sewaktu prime time tidak banyak menguntungkan kerajaan.

Tetapi beliau yakin bahawa rakyat sudah cukup dewasa. Lagipun kematangan amat perlu dalam membina sebuah masyarakat bebas, terbuka dan progresif. Tokoh-tokoh pembangkang bergilir-gilir muncul untuk berdebat dengan pemimpin Barisan Nasional (BN). Debat Perdana diteruskan oleh Datuk Zainuddin Maidin yang menggantikan Kadir sebagai Menteri Penerangan.

Saya memberitahu Hanafiah untuk debat kali ini bukan sahaja siapa tokohnya penting tetapi juga formatnya. Kami merangka format yang mengikut perdebatan calon Presiden Amerika Syarikat (presidential debate). Apa yang penting ialah memastikan debat itu terbuka, bebas dan tanpa banyak campur tangan.

Kami juga mencadangkan supaya berlaku adil, setiap pendebat memilih sendiri wakil mereka untuk menanyakan soalan kepada pendebat yang seorang lagi, selain menanyakan soalan pada orang yang memilih mereka. Dan yang penting kedua-dua pendebat boleh bertanya soalan satu sama lain. Mereka akan diletakkan di atas pentas sementara pengantara serta ahli panel berada di bawah.

Format ini tidak pernah dicuba di TV tempatan sebelum ini. Bagi kami, format inilah yang terbaik untuk debat tersebut. Pengalaman saya mengendalikan Debat Perdana di TV1 selama lapan musim mengajar saya kebaikan dan kelemahan format meletakkan tokoh-tokoh yang diundang dalam situasi "talk show." Mungkin untuk tujuan Debat Perdana, formula itu sesuai tetapi tidak untuk debat yang dirancang di DBP itu.

Pendebat malam itu bukan sebarangan orang - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia. Umum menerima Anwar seorang pemidato yang hebat. Ahmad Shabery pula dikenal sebagai salah seorang pembahas yang baik di antara pimpinan Umno pada masa ini. Perihal Ahmad Shabery bersedia mempertaruhkan nama baik malah kedudukannya dengan menerima cabaran berdebat dengan Anwar, menunjukkan keyakinan luar biasanya.

Ramai orang yang berkata Ahmad Shabery tidak setanding dengan Anwar. Anwar mencipta nama sebagai pemimpin pelajar pada tahun-tahun 70-an. Beliau pernah memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan masuk Umno pada tahun 1982. Beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri sehingga disingkirkan pada tahun 1998. Maka itu Ahmad Shabery tidak mampu melawan pengalaman dan gaya Anwar, begitulah pandangan banyak pihak.

TV merupakan medium yang unik dan khusus. Tidak semua orang selesa di TV. Pemidato terbaik di gelanggang politik belum tentu menjadikan mereka berkesan di TV. Pengalaman mengajar saya bahawa terdapat tokoh yang hebat dalam ceramah politik tetapi kelihatan gelisah di kaca TV. TV ialah medium yang membesarkan segala-galanya ekspresi, riak termasuk pergerakan.

Sepanjang ingatan saya, Anwar jarang muncul dalam talk show atau di wawancara seorang demi seorang sewaktu beliau berada dalam kerajaan.

Lagi pula telah sekian lama beliau tidak muncul di TV sebagai tetamu atau pembahas. Tahun ini genaplah 10 tahun beliau meninggalkan kerajaan. Ahmad Shabery pula merupakan tokoh muda yang berkaliber dalam Umno. Beliau tidak pernah menghampakan dalam Perhimpunan Agung parti itu. Waktu dua puluh atau 30 minit yang diberikan untuk tujuan perbahasan selalunya digunakan dengan baik, menampilkan kewibawaan dan kematangannya menawan hati perwakilan.

Debat ini terlalu penting bagi kedua-dua tokoh. Bagi Anwar ini merupakan peluang untuk menyampaikan formula menurunkan harga minyak kepada seluruh rakyat Malaysia. Malah tajuk yang dipilih, "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" mengambil kempen PKR selama ini dalam ceramah-ceramah politik di seluruh negara. Bagi Anwar, bercakap di pentas politik tidak akan dapat menerobos sedemikian ramai penonton. Bagi Ahmad Shabery, ini kesempatan terbaik menghujahkan kes kerajaan kepada umum selain menjawab tohmahan pembangkang mengenai tindakan menaikkan harga petrol dan diesel baru-baru ini. Ahmad Shabery sebelum debat itu secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk "dihukum" sekiranya beliau gagal meyakinkan rakyat dalam isu tersebut.

Anwar pula berdepan dengan kontroversi terbaru mengenai dakwaan bekas petugas pejabat PKR ke atasnya. Di tengah situasi sedemikianlah, kedua-duanya berada di DBP malam itu. DBP dikawal ketat dengan kehadiran ratusan anggota pasukan keselamatan. Puluhan wakil media berkampung malam itu untuk mengikuti debat selain mendapat berita terbaru mengenai Anwar yang tidak muncul untuk memberikan keterangan pada polis pada hari sebelumnya. Di dalam dewan para penyokong kedua-dua tokoh dan para jemputan penganjur berkumpul sejak awal lagi. Sejak siang lagi khabar angin bertiup kencang mengatakan Anwar tidak muncul malam itu. Suasananya boleh dikatakan tegang dengan harapan dan keraguan.

Saya dimaklumkan debat itu menarik bilangan penonton yang luar biasa ramainya. Untuk siaran langsung bilangan penonton dikatakan melebihi empat juta orang. Siaran ulangan di TV3 pada jam 11 malam mencatatkan 1.9 juta penonton, luar biasa bagi mana-mana program ulangan. Saya difahamkan bahawa di banyak tempat makan di ibu kota, orang ramai menunggu di kaca TV. KL lengang khabarnya. Rakyat Malaysia terpaku di kaca TV.

Saya tidak akan berlaku adil sekiranya memberikan pandangan siapa yang menang malam itu. Bagi saya kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dalam debat seumpama itu, bergantung pada siapa yang kita tanyakan, masing-masing mempunyai jawapan yang berbeza. Malam itu penontonlah hakimnya. Rakyatlah yang membuat penilaian.

Apa yang penting ialah Debat Agendadaily itu membuktikan bahawa demokrasi dan kebebasan bersuara subur di negara ini.

- Debat pada: 15 Julai 2008 -
Ahad, 20 Julai 2008 | 17 Rejab 1429
Oleh Johan Jaafar - zulujj@tm.net.my

9 jenis anak syaitan

on Friday, July 18, 2008

KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAMMMM....
Umar al-Khattab R. A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah Kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai
bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat Kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ini yang paling teruk..
Dan yang akhir-akhir ini yang paling teruk..
( Sila klik tetikus dan tahan.. :highlight: ) bermula dari sini...>

10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Turut terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yang lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping TU agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yang menonton cerita hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan TV.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... Berguna sedikit untuk masak Kari Dan masak lemak. Pun begitu kalau berlebihan boleh menyebabkan kolesterol tinggi.

<< berakhir di sini....

Pintu & Halangan

on Thursday, July 17, 2008


15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- Pintu marah
- Cinta dunia
- Kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
- Panjang angan-angan
- Rakus
- Bakhil
- Suka pada pujian
- Riak
- Uujub (merasa kagum)
- Takut dan gelisah
- Buruk sangka
- Memandang rendah pada orang lain
- Merasa suka pada dosa
- Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- Putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surh Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
- Panghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.

Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki

on Thursday, July 10, 2008


Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mampu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.

1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.

2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang mengghairahkan.

3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.

4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.

5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.

Walau bagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

KerepeK tengok2 jer :)

Buli siber

on Friday, July 04, 2008

Jangan jadi mangsa atau pembuli siber

(PENGGUNAAN telefon bimbit juga mendedahkan kanak-kanak kepada risiko pembuli siber.)

• Hentikan, halang dan dedahkan (jangan bagi maklum balas kepada sebarang mesej pembuli siber, Halangnya daripada terus menghantar mesej dan maklumkan kepada orang dewasa yang dipercayai).

• Fikir sebelum klik (semak apa yang anda hantar..fikirkan daripada pelbagai aspek, pandangan serta kesannya).

• Hormat (gunakan kemudahan sebaik mungkin dan hormati perasaan pengguna lain)

• Jadikan maklumat peribadi sebagai rahsia (semakin banyak rahsia anda didedahkan, semakin senang mereka membuli anda)

• ‘Take 5’ (jauhi komputer selama lima minit apabila sesuatu yang mengecewakan, mengejutkan berlaku kepada anda. Ini bermakna anda tidak akan melakukan sesuatu dalam keadaan sesal atau tidak menentu).

• Bina laman web sendiri (untuk kegunaan peribadi dan pasang penggera untuk menghindari pembuli lebih awal).


Kanak-kanak lebih mudah dibuli

Ibu bapa perlu pastikan anak mereka tidak mendedahkan maklumat peribadi terutama alamat rumah

KANAK-KANAK yang melayari internet lebih terbuka mindanya. Hakikatnya, ia suatu perkembangan yang selaras dengan perkembangan teknologi serta memastikan generasi muda tidak ketinggalan serta kaedah berkesan melahirkan pelapis yang celik Teknologi Maklumat (IT).

Namun, kanak-kanak yang tidak dikawal penggunaan internet sebenarnya terdedah dengan risiko diserang pembuli siber yang boleh mengakibatkan tekanan, gangguan perasaan serta terasa diancam.
Walaupun kes buli siber di Malaysia tidak dianggap sebagai ancaman, tetapi ia suatu yang perlu disedari dan diakui boleh mengganggu pengguna internet khususnya generasi muda yang baru berjinak dengan dunia teknologi.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat, kebanyakan kejadian berlaku berikutan kanak-kanak mudah terpengaruh dengan watak dalam permainan internet. Mereka turut mengamalkan sikap yang sama ketika berkomunikasi dengan pengguna lain di internet.

Pasukan penyelidik Universiti California, San Francisco dan University of Pittsburgh Amerika Syarikat pada April 2006 mengesahkan wujudnya kaitan antara keganasan yang digambarkan dalam permainan komputer dengan kelakuan kasar bersifat anti sosial.

Kajian mendapati, lelaki berumur 18 hingga 21 tahun daripada etnik kecil dan mempunyai latar belakang sosioekonomi berbeza gemar bermain permainan keganasan tahap rendah, contohnya permainan Simpsons: Pukul Dan Lari.

Satu kelompok lagi sukakan permainan keganasan peringkat tinggi seperti Grand Theft Auto III. Watak pemain Grand Theft Auto merujuk kepada peranan seorang penjenayah yang diambil bekerja oleh mafia menggunakan seekor kelawar besbol memukul peniaga ubat dan menjadikan ubat jualan itu khas untuk pelacur diambil bekerja oleh mafia.

Watak Men dalam Grand Theft Auto dikatakan sentiasa tertekan, sikap negatif, kelakuan tidak suka bekerjasama, lebih konflik dalam interaksi sosial, sikap permisif (terbuka) terhadap menggunakan alkohol dan ganja, berbanding dengan yang yang dimainkan The Simpsons.

Di Malaysia, walaupun kes membabitkan siber buli tidak banyak dilaporkan, tetapi wujud kecenderungan itu cuma tidak dilaporkan kerana sikap tidak peduli pengguna internet atau masyarakat yang menganggap ia sebagai remeh.

Berdasarkan statistik terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM), sehingga September 2007, ada 11.7 juta penduduk menggunakan internet secara langganan ‘dial-up’ manakala 1.2 juta lagi menggunakan kemudahan teknologi itu secara langganan jalur lebar.

Daripada jumlah itu, kajian mendapati 46 peratus daripada pelayar web di Malaysia melayari laman sosial seperti Friendster, MySpace®, Xanga, Atau Facebook dan kebanyakan mereka seronok menghantar dan berkongsi profil peribadi, gambar tanpa menyedari maklumat mereka direkod pihak tertentu.

Kebanyakan mereka yang gemar berkongsi maklumat dengan rakan, sama ada melalui laman web sendiri atau blog dengan mendedahkan maklumat sebenar mereka berisiko untuk dibuli atau diancam.

Pengurus Pemasaran Serantau, Perniagaan Pelanggan Symantec bagi Rantau Asia Selatan, Effendy Ibrahim berkata, berdasarkan kajian, walaupun kes serangan siber di Malaysia tidak banyak dilaporkan berbanding negara maju, pihaknya percaya apa yang berlaku di sana juga boleh berlaku di sini.

Ini kerana katanya, kira-kira 42 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna internet di Malaysia adalah remaja berusia 24 tahun ke bawah dan kanak-kanak.

“Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko menghadapi serangan itu kerana mereka dikategorikan sebagai ‘mangsa yang mudah’ berbanding orang dewasa yang lebih matang.
“Ia boleh dilakukan sesiapa saja, sama ada kanak-kanak, remaja dan kadangkala orang dewasa juga terbabit,” katanya.

Mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam atau mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Info:
• Sehingga Oktober tahun lalu, sebanyak 60 kes buli siber dilaporkan ke Keselamatan Siber Malaysia di bawah kategori gangguan elektronik dan kebanyakannya berlaku di sekolah menengah di sekitar Lembah Klang.

Jumlah yang rendah ini bukan bermakna tidak banyak kes buli berlaku, tetapi kebanyakan mangsa ‘malas’ untuk menghebohkannya dan menganggap ia tidak perlu dilayan.

• 72 peratus remaja Asia berumur 15 hingga 24 tahun menggunakan internet untuk pelbagai perkara, termasuk mencari maklumat, muat turun lagu atau perisian serta mencari kenalan.

• Lebih 42 peratus pengguna Internet di Malaysia berumur kurang 24 tahun, 47 peratus pelajar sekolah menengah dan lapan peratus pula masih belajar di sekolah rendah.

Kebanyakan remaja beranggapan
• 40 peratus beranggapan tidak mengapa berbual dengan orang tidak dikenali di Internet.
• 20 peratus beranggapan selamat untuk mendedahkan maklumat peribadi di Internet.
• 30 peratus memberi pertimbangan untuk bertemu rakan Internet.
• 9 peratus pengguna Internet muda (13 hingga 15 tahun) pernah bertemu rakan pertama yang dikenali melalui internet.

Heading: Awasi laman web anak

Didik peraturan layari internet

ADAKAH anak anda mangsa atau pembuli siber? Pengurus Pemasaran Serantau Perniagaan Pelanggan Symantec, Rantau Asia Selatan, Effendy Ibrahim berkata, cara terbaik mengelakkan anak anda daripada menjadi pembuli siber ialah memastikan mereka memahami peraturan perilaku baik penggunaan telefon bimbit dan internet dengan memantau penggunaannya.

Beliau mencadangkan ibu bapa meminta daripada anak mereka untuk melihat laman web serta laman rangkaian sosial yang disertai.

“Anda juga boleh menyemak panggilan telefon bimbit mereka dan gambar, pesanan teks yang disimpan. Anak yang sudah remaja akan beranggapan ia adalah privasi dan ibu bapa perlu ingatkan itu adalah tanggungjawab mereka.

“Jika masalah itu berulang, anda boleh bertindak mengurangkan atau menggantung hak penggunaan telefon bimbit atau komputer mereka,” katanya.

Tanda-tanda anak anda diserang pembuli siber adalah susah hati, sedih atau marah selepas menggunakan telefon bimbit atau komputer; tidak lagi menyertai kegemaran bersama rakan; prestasi pelajaran merosot serta sering melepaskan kemarahan atau tekanan di sekolah dan sering murung atau bersedih.

Dari aspek keselamatan, dunia sebenar jauh berbeza daripada dunia siber. Logiknya, anda tidak akan memberi kad kredit kepada penjenayah jika anda sangsi. Dalam dunia dalam talian, penjenayah menggunakan kuasa teknologi untuk mendapatkan apa yang anda tidak bagi di dunia sebenar.

Sehubungan itu, amat penting ibu bapa memainkan peranan mengajar anak mereka mengamalkan kehidupan sebenar perlu digunakan dalam talian siber kerana mereka perlu mengetahui mengenai bahaya, risiko apa yang mereka lakukan.

Anda sememangnya tidak berhasrat menyekat aktiviti atau gaya hidup anak, tetapi jika mereka berbincang mengenainya, minta anak tunjukkan kepada anda dan bertindak mengikut langkah sesuai.

Antaranya ialah menyimpan sebarang bukti bercetak aktiviti buli; mengenal pasti pembuli dan kebiasaannya akan terdapat lebih seorang mangsa di mana anda boleh menyertainya; membuat aduan rasmi kepada penyelia internet dan pemilik telefon bimbit.

Ibu bapa juga boleh berhubung terus dengan pembuli supaya menghentikan kegiatan mereka; menghubungi ibu bapa mereka menerusi telefon, surat dan jika perlu amaran tindakan undang-undang; latih anak supaya sentiasa berhubung dengan guru jika buli berlaku di sekolah dan jika membabitkan ancaman keganasan dan seksual, ibu bapa perlu melaporkan kepada polis.

Jika ibu bapa sentiasa berdampingan dengan anak serta sering berbincang dengan mereka serta meminta mereka mengamalkan pendekatan selamat, mereka akan mudah mengesan jika berlakunya buli siber.

Selain itu, Effendy juga mencadangkan kaedah ‘Avatar’ iaitu mengekalkan rahsia di talian iaitu dengan cara menghantar bukan gambar sebenar jika perlu berbuat demikian.

Sesiapa saja boleh mewujudkan satu Avatar kerana ia adalah idea yang baik dengan menggunakan grafik yang lain daripada gambaran sebenar pengguna. Mereka boleh mengubah identiti mereka setiap hari tanpa dikenali, dikesan atau dianiaya.

KerepeK - suka layari 'internet'
Nota: Pernah/mula disiarkan dalam Malalah PC pada April 2006

GengJamban - Lelaki

on Tuesday, July 01, 2008

Ini yang aku fikir tentang mereka iaitu kawan2 di Skype GengJamban. Idea untuk menceritakan tentang dorang ini aku tak pasti, tetapi ok jugak idea ini sekurangnya secara jujur aku bercerita dan memberitahu apa yang aku fikir dan gambarkan tentang kawan2 aku ini.

============LELAKI

1. Shrill –
My old pren.. Seorang yang nampak serius pada gambar tetapi pak lawak dalam perkataan boleh tahan jugak kelucahan bahasanya eee.. konon mau serius dalam bekerja tetapi tidak mampu tahan bila sudah nampak kawan2 rancak berchatting. Terus terang aku percayakan dia, baiknya orang. Shrill aku bagi : BERtanggungJAWAB.. (banyak nak puji tapi takut lain jeles)

2. Beras –
Seperti kata Dax, Beras orang yang suka masuk last minute, merupakan master mind of super yellow, kewujudan nya akan memanaskan Geng Jamban. Beras akan secara tiba2 muncul bila ada perkataan lucah2 sikit, ada jer tambahannya atau buat bertanya. Beras aku bagi : BERdidikASI..

3. Beldi –
Nampak macam sibuk selalu, tetapi jangan terkejut kehadiran dia secara tiba2, bertambah menjadi2 bila sudah dikombinasikan bersama Shril, Beras dan Din (4 serangkai..) keras perut aku menahan gelak. Beras aku bagi : BERWIbawa..

4. Din –
Sekarang ni sudah jadi pakistan jual gelang kristal, nasib tidak bawa bungkusan kain dengan basikal pusing kampung. Din adalah ‘MAFIA’ yang digeruni (Nani bagi tag : Mafia Berak Berdarah) seorang pemegang rekod berak paling kerap (entah bontot jenis apa!!) 4 serangkai yang terbaik.. Din aku bagi : BERjambanGAN..

5. Zidax –
Pada aku dax ni best, tidak kesah kena kutuk kena hentak. Seronok bawa bergurau dengan dia ni. Nampak macam malu2 aje tetapi bila sudah timbul 4 serangkai tu habis.. Dax lah jadi imamnya.. Dax aku bagi : BERtelorANSI..

6. 3rd –
Dia ni mulai tenggelam timbul al-maklum sudah sibuk mengurus blog Downloadz nya. Agak kelabu mata, mana tidaknya bila aku beritahu sesuatu ada aje yang dia tidak nampak. Bagilah LCD 42 inci sekali pun tak nampak jugak. 3rd. aku bagi : BERKECeraMUK..

7. Gaara –
Selalu aku nampak di blog aku tetapi biasa tegur2 cam itu aje. Bila join GengJamban ini mulai tambah akrab, ok orangnya boleh dan tak kisah dikutuk. Gaara aku bagi : BERgemelapAN.. (hehehe..)

8. Taipanz –
Lama di blog aku tetapi aku tidak biasa dengannya. Di GengJamban pun kadang2 ada, jadi aku tidak biasa sangat dengannya... Tiada imbuhan BER dapat aku beri..