Kepentingan pengambilan makanan berkhasiat

on Monday, June 30, 2008

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.

Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

Terlalu banyak lemak dan kolesterol

Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.

Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Terlalu banyak gula

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.

Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Terlalu sedikit serat

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.

Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.

KerepeK - mesti makan ikut masa..

Ganjaran 1 Juta

on Thursday, June 26, 2008

Semalam jam 8, Buletin Utama TV3 dengar rasa tergamam dan rasa tertipu.
Apa benarkah Najib cakap ni.. dari RM160,000 mendadak ke RM1 juta.

"Kata tak mampu kasi subsidi minyak yang tinggi lagi, tapi macam banyak amat duit kerajaan Malaysia nak kasi imbuhan kepada atlit negara..."

RM1 juta nilai pingat emas Olimpik

Catatan...

WANG tunai RM1 juta menjadi taruhan terbaru kerajaan dalam usaha membakar semangat atlit negara meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini selain daripada bayaran pencen berjumlah RM5,000 sebulan sepanjang hayat.

Pengumuman kenaikan Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan Olimpik itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen, semalam.

"Olimpik adalah kejohanan yang paling unggul dan kerajaan berpendapat perlu diletakkan satu ganjaran tinggi agar dapat membakar semangat atlit untuk meraih pingat emas.

"Kita berharap ia akan memberi kesan yang positif dan kita kena tunggu serta lihat bagaimana hasilnya nanti. Kita merasakan jumlah ini adalah wajar kerana atlit perlu berusaha keras dan untuk menang emas, atlit terpaksa mengeluarkan belanja besar," katanya.

Najib turut mengumumkan pemenang pingat perak akan menerima ganjaran RM300,000 manakala gangsa RM100,000 bagi individu dan bagi acara berpasukan yang meraih emas, hadiah RM150,000 dijanjikan untuk setiap pemain.

"Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk menaikkan pencen bulanan kepada atlit yang meraih pingat di Sukan Olimpik untuk sepanjang hayat mereka iaitu RM5,000 untuk emas, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000," katanya.

Pengumuman ini bermakna lima atlit yang sudah meraih pingat di Olimpik Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock (perak)serta Rashid Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek (gangsa), bakal menerima kenaikan pencen mereka bermula hujung bulan ini.

Najib turut menekankan bahawa kerajaan kini menuntut supaya kekuatan mental atlit turut diberikan penekanan dalam persediaan atlit negara kerana mendapati kelemahan itu menjadi punca atlit negara tewas dalam saingan peringkat tinggi.

"Kita menegaskan supaya selain daripada tumpuan kepada latihan secara sistematik dan komprehensif, latihan turut memberi fokus kepada kekuatan mental kerana faktor inilah yang membeza antara pasukan dan individu yang menang.

"Kita melihat sudah ada atlit negara yang mencecah ke taraf dunia tetapi yang membezakan kita dengan lawan adalah kerana kekuatan mental kita tidak dalam keadaan boleh menjamin kejayaan dalam saingan yang begitu sengit," katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata imbuhan ini dilihat mampu membakar semangat atlit negara untuk meraih pingat di Olimpik selain dapat menarik minat lebih ramai atlit muda berusaha lebih keras.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, turut menganggap langkah itu yang disifatkan sebagai mengiktiraf atlit negara.

INFO

Kenaikan Imbuhan Olimpik

Individu
Emas: RM1 Juta (RM160,000)
Perak: RM300,000 (RM80,000)
Gangsa: RM100,000 (RM40,000)

Berpasukan (lebih daripada enam)
Emas: RM150,000 setiap seorang
Perak: RM40,000 setiap seorang
Gangsa: RM20,000 setiap seorang

Berpasukan kurang daripada enam atlit berkongsi ganjaran seperti individu

Bayaran pencen
Emas: RM 5,000
Perak: RM 3,000
Gangsa: RM 2,000

Sepanjang hayat bermula selepas menang pingat

Dari satu sudut untuk memertabatkan dasar sukan negara yang impikan atlit bertaraf dunia memang langkah ini amat dialu-alukan. Seperti apa yang diharapkan iannya dapat membakar semangat juang atlit negara. Namun apakah langkah ini wajar, seimbang dengan visi & wasasan kerajaan dalam memertabatkan banyak agenda yang lain?.

Semua rakyat marhaen tahu amat kini, dalam bab sukan, perayaan, hiburan serta perbagai lagi agenda yang berbentuk riadah sering kerajaan kita bermewah. Jika bermewah pada tempatnya memanglah menunjukkan kita negara makmur, kita negara kaya, maju & jaya. Tetapi jika silap tempatnya pasti rakyat marhaen akan berkata membazir. Tidak bijak berbelanja.

Salah satu contoh masalah membasmi kemiskinan. Jika DS Najib pernah tenguk rancangan Bersamamu di TV3. Bayangkanlah jika keluarga yang naif dibendung kemiskinan ini kerajaan hulurkan.. tak payahlah sampai RM1 juta. Cukuplah sekadar berikan tempat tinggal, sediakanlah kerja yang terjamin & perbagai kebajikan lain buat mereka. Betapalah mereka pasti rasa amat bahagia & diprihatinkan.

Terlalu ramai lagi kalangan rakyat marhaen masih diselubungi kemiskinan & perlukan pembelaan.

Salah satu contoh lagi ramai golongan pekerja baik staf kerajaan mahupun staf swasta. Masih setaraf gred gajinya dengan pendidikan Darjah Enam. Bayangkan dengan permulaan gaji sekitar RM600 masuk elaun itu & ini; tak sampai juga RM1,000 bagaimana mahu hidup makmur di bumi merdeka. Jika staf kerajaan yang berpencen dalam gred gaji ini; memang tak akan mencecah pun pencen mereka ke RM1,000 biarpun sampai tua memperhambakan diri berkhidmat untuk rakyat. Apakah taraf mereka kita gelar golongan tercicir tak dapat pingat gangsa.

Begitu juga golongan swasta banyak manalah duit KWSP mereka bila tua nanti. Golongan ini yang perlukan pembelaan. Takkan kerajaan terusan ingin mendengar rayuan mereka ini.

Salah satu contoh lagi kemudahan awam. Mahu ke tandas awam pun rasanya kita kalau boleh pasti mengelak. Jika berbayar & diswastakan pun belum tentunya bersihnya. Jika memang tandas awam namanya teramatlah dhaifnya. Kenalah naikkan tarafnya.

Belum lagi kita jejaki kemudahan taman permainan yang semak samun. Ada buaian pun berkarat. Ada padang bola, gol pun tak pernah berjaring. Nak harap majlis bandaran sahajakah. Siaplah cukai pintu asyik naik tiap tahun pastinya.

Jika sebut pengangkutan awam lagilah kita trauma. Bas sejam satu. Komuter datang pun tak menentu, padat selalu.

Salah satu contoh lagi masalah harga barang yang melambung naik sejak minyak naik. Rakyat marhaen pening kepala, apakah negara kita ini tidak cukup anggota penguatkuasanya. Perniaga sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan. Tidak langsung setara dengan harga minyak yang naik. Kena tambahlah anggota penguatkuasa. Ramai rakyat marhaen menganggur. Kadar inflasi kita makin meruncing, takkan nak biarkan rakyat semua pening & runsing.

Rakyat marhaen makin ramai menunggang & membuncing kapcai. Faham-faham sahajalah ancaman keselamatan penunggang motorsikal; teramat tinggi. Kerajaan memaksa rakyat marhaen sentiasa diancam bahaya bermotosikal kerana nak berjimat.

Banyak lagi contoh terkini masalah dan musibah rakyat yang perlu kita prihatinkan. KerepeK tak perlulah mengajar bagaimana sewajarnya kita berbelanja dengan amanah & harta negara yang ada. Seimbangkanlah!

Top-top... senang-senang pula kita nak bermewah buat atlit kita dalam keadaan rakyat terdera dengan kos hidup yang makin tinggi ini. Sesuaikah langkah kerajaan ini; ketika & saat ini?.

Kerepek: Bukan olahragawan sekolah tetapi pernahlah dapatt hadiah kotak pensil masa sekolah....

Makan tengahari

on Saturday, June 21, 2008

Tadi sebelum pergi sembahyang Jumaat ikut kawan makan di 1 Borneo Hypermall Kota Kinabalu Sabah, nama retoran Penang Village, kawan kata restoran canggih n hebat konon, sebab ada di KL dan juga di Bali. Siap ada laman web lagi :::Klik Sini:::

Masuk2 memang nampak hebat dengan keadaan restoran yang nampak mewah. Jadi Kepek order yang dicadang oleh cheff iaitu Nasi Goreng Penang, kawan makan Laksa Asam Penang. Semua Penang termasuklah air.. (air sejuk Penang).

Menunggu boleh kata lamalah jugak, cakapkan kat kawan.. "jauh... dari penang". Agak kalau yang di Bali mau esok sampai order. Perut dah lapar, makanan lambat sampai pulak. Tapi nasib baiklah suasana tempat aman nyaman dengan pelayan yang comel2. (kenyang tengok orang jer)

Bila sampai makanan... emm.. nasik gorengnya sama macam kepek yang buat, biasa jer. Nampak hebat pada pingang nyer ajer yang panjang macam perahu dan nasi di lapis dengan daun pisang. Serta ada acar timun dan telur goreng mata kerbau yang sejuk keras!! Yang sedap sikit ayam gorengnya dengan udang ..BEST.. tu jer yang boleh dibagi markah.

Kawan punya Laksa Asam daripada 5 bintang kepek tak dapat nak bagi markah, tak best langsung. 100% guna sardin dan bau sardin penuh satu restoran. Entahlah mana cheff Penang Village ni belajar.

Dan yang kesian datang pulak ketua pelayan tanya macam mana makanan di situ.. Nasib restoran tidak baik, kami berdua hentam berabis dan Kepek ada tanya macam mana buat Laksa Penang? Dia jawab macam mana yang ada itu. Kawan hentam suruh cheff Penang Village pergi belajar kat rumah Kepek (hehe...)

Kami hentam dorang..cukup2 tapi dorang lagi handal hentam kami sampai RM73.45 sen .. PADAN MUKA KAMI ...hahahahah..

X mo dah kepek makan kat situ (nasib kawan bayar)

Dah lama berhenti menulis

on Friday, June 20, 2008

Memang betul.. dah lama sangat aku berhenti menulis dan bercerita tentang apa yang aku lihat sepanjang jalan aku hari ini, semalam dan hari sudah2, rasa aku memang tidak boleh tinggalkan perkara menulis, membaca lagi2 lah ya.
Aku memang perlu menulis macam mana aku tulis di blog member aku ramai2 :::blogJamban::: yang baik tidak perlu ditinggalkan begitu sajakan, ianya perlu diteruskan. Orang mahu masuk baca atau tidak terpulang, yang penting aku terus menulis.

Aku ari ini..