BARU-BARU ini ada beberapa teman dari kampung mengajak saya menonton filem Kongsi yang khabarnya mengutip hampir RM10 juta. Ah, saya peduli apa dengan kutipannya. Saya hanya peduli kepada mutu karyanya.
Di Perlis tidak ada panggung wayang. Lalu kesempatan datang ke Kuala Lumpur mereka mahu menonton filem yang khabarnya mencatatkan sejarah dalam industri filem tempatan. Sekali lagi, saya tidak peduli sedikit pun dengan “sejarah baru” yang dimomokkan itu.
Teman-teman saya mendapat maklumat mengenai filem Kongsi daripada akhbar, majalah dan program di televisyen. Semua maklumat yang mereka dapat mengkelaskan Kongsi filem yang hebat, lakonan pelakon utama yang saya tidak tahu namanya dikatakan cukup hebat. Sebelum terlupa pelakon ini muncul sebagai “Bintang Paling Popular” dalam satu pertandingan siapa yang paling popular.
Kata salah seorang teman saya, tentulah hebat, kalau tidak tentu tidak dapat kutipan hari pertama saja sudah RM1 juta. Sebenarnya formula ini yang saya paling tidak setuju kerana tahap penonton kita secara umumnya tidak boleh dijadikan kayu ukur mutu sesebuah filem.
Sudah banyak kali kita dikecewakan oleh filem yang mendapat kutipan tinggi, misalnya Nangkung dan banyak lagi filem yang seacuan dengannya.
Saya bukan saja membuang duit membeli tiket dan membuang masa malah merasa malu kerana turut menjadi penontonnya.
Kerana banyak pengalaman dikecewakan oleh filem kutipan tinggi, saya menolak menonton Kongsi. Teori saya mudah saja, mana-mana filem yang mendapat sambutan hebat, filem itu amat jarang memberikan satu kepuasan yang setimpal daripada sudut mutu. Amat jarang sekali filem-filem begini menyuntik suatu pemikiran baru untuk dikongsikan dengan penonton.
Saya katakan kepada teman-teman tadi, tahap pemikiran sebahagian besar penonton filem tempatan sangat rendah. Mereka inilah yang dipergunakan oleh sesetengah penerbit untuk membuat filem-filem yang menepati selera penonton.
Bukan tidak ada filem tempatan yang baik, tetapi jangka hayatnya singkat di panggung. Selepas itu pengarahnya tidak akan diberi peluang lagi oleh penerbit kerana tidak membawa keuntungan.
Semua orang tahu, selepas Kongsi, akan berderetlah peluang mengarah kepada pengarahnya dan saya tidak pernah ambil peduli. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa.
Petikan: Ku Seman Ku Hussain
Nota.. dah nonton juga cerita tu.. entah apa-apa cerita. Hanya ganas, kejar-kejar, tembak-tembak serta bergaduh. Dari awal cuba untuk faham apa cerita yang hendak disampaikan. Yang jelas menarik polis rosakkan kereta polis langgar kereta. Macam itukah polis tangkap penjenayah? Yang paling seronok kawan Kepek cakap.. pegawai kanan polis jer yang buat kerja dalam cerita tu sampai 'road block' pun pegawai kanan polis yang periksa..yang berpangkat rendah macam tidak buat kerja. Biar betul tu..no komen
8 Koman & Cadangan:
salam bro..
da namenye filem..
sstgh filem xperlu msg nk disampaikan..
sstgh file dibuat utk memberi peluan kpd peminat filem bersantai menontonnye tanpe petlukan msg yg mendalam..
klu ko pandai sgt buat filem brmsg ape kate ko gie bg jer idea ko tu kt pengarah2 filem yg ade lg bagus drpd ko takat meluah jer kt blog ni tp xde ape2 kesan..
dn lg 1, mmgla tu slh satu care polis menangkap penjenayah, xknlh die nk pergi tahan kereta tu pakai tangan kot..
dn xknlh polis tu nk tembak mati. nt ko kendem gk kn..
;)
well, i just wanna tell the director this.
Do u know what is the real meaning of langsi in cantonese? it's vulgar language.
Rockstar Band Shirt dari pelbagai artis antarabangsa seperti Guns N' Roses, Black Sabbath, Ramones, Led Zeppelin dan lain-lain http://hoalanso.blogspot.com
langsi in cantonese is vulgar.
I don't think so ... you people are may be getting it wrong!
org kite ni tau komen je.kalu filem luar ni,wooo kata lg hebat la.padahal sstgh filem luar ngutuk agama Islam.dlm xsedar benda ni menular dlm msyrkat kita.jika nak mengomen,smpai bila2 pn xhabis.ye tak?kalu nak bermutu sgt,buat filem sendiri la.pastu tyg tgk sendiri.xpayah tyg kat org lain.so xde le komen xbgs.sendiri buat,kata la bgus...
I feel very interesting to read your post on Maaf..tak nak kongs.. Really had a nice time... Thanks for sharing the information with us.
jom sertai komuniti forum yang terbaru dan terhangat masa kini..100% buatan anak malaysia!!
http://malaysiaforum.net
Post a Comment