MISTI MOSTI 2008 pada 14 Ogos 2008 di 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah.
Kepek telah hadir majlis perasmian tersebut tetapi disebabkan Kepek masih bercuti jadi Kepek tidak mahu berkeadaan terlalu rasmi, datang dengan berpakaian biasa tetapi masih kelihatan kemas tidaklah selekeh.
Kepek pergi sama-sama dengan anak Kepek yang bungsu (Mamal) Tengok majlis perasmian oleh YB Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili. Kira masa itu ramailah YB dan Y.Bhg. berpakaian Batik, al maklum majlis rasmikan. Kepek duduk belakang tidak ada siapa perasan atau kenal.
Selesai majlis perasmian Kepek ke ruang pameran, ramai sungguh orang di sana. Nampak ramai dapat beg kertas cenderamata yang mungkin berisi buku atau pen atau gelas dan beberapa helai risalah.
Sesampai di sana ada bermacam-macam maklumat yang menarik perhatian Kepek. Dari satu ruang ke ruang Kepek pergi tidak seorang pun mahu melayan Kepek, tergerak hati mahu menyapa tetapi nampak masing-masing sibuk melayan ‘orang’ yang mahu beg-beg kertas cenderamata tanpa menghiraukan ‘AKU” yang memerlukan maklumat.
Kepek lihat sorang-sorang di tangan penuh dengan beg-beg kertas cenderamata dari pelbagai jabatan. Kepek satu pun tiada (Kepek tidak laparkan ‘itu’, Kepek perlukan maklumat yang dipaparkan ‘cantik’ tanpa tuannya ke mana?)
Gelagat masing-masing Kepek lihat lebih melayan perempuan (terutama lelaki yang berbaju batik :mungkin peserta atau penjaga gerai pameran) Tak apalah lelaki memang sukakan perempuan. Kepek cuba tuju arah pada perempuan mungkin dapat perhatian.
Emm sama juga.. perempuan berbaju batik atau yang berbaju lambang jabatan hanya sibuk melayan kawan jabatan lain bertukar beg-beg kertas cenderamata. Ramai juga yang duduk-duduk macam letih..
Dan.. Kepek terus melihat dan tunggu.. Last Kepek balik dengan rasa kecewa, satu pameran yang menarik telah ‘DIGAGALKAN’ oleh pertukaran beg-beg kertas cenderamata berharga dalam RM10 berjaya mengalahkan maklumat pengetahuan yang tidak ternilai.
(duduk letih tidak buat apa - sila panggung)
(dua yang dok mencankung tu dok betul wayer tidak elok2 kesudah)
(dua yang dok mencankung tu dok betul wayer tidak elok2 kesudah)
Dan.. Kepek terus melihat dan tunggu.. Last Kepek balik dengan rasa kecewa, satu pameran yang menarik telah ‘DIGAGALKAN’ oleh pertukaran beg-beg kertas cenderamata berharga dalam RM10 berjaya mengalahkan maklumat pengetahuan yang tidak ternilai.
3 Koman & Cadangan:
Biasalah kepek orang kerajaan memang begitu baik waktu pejabat atau selepas waktu pejabat. "Gaji mahu lebih mahu cepat kerja mahu kurang buat lambat"
Sy pun ada gak g pameran tu, memang tak puas hati betul la.Punya lah susah sy nak mintak terang fungsi jabatan diorg barulah diorg nak terangkan.Tp bila awek2 yg pakai mini skirt dgn mekap tebal2 laju jer diorg layan.Sepatutnya benda mcm ni tak berlaku dlm perkhidmatan kjaan..Sy pun kerja kjaan jugak & sy malu dgn layanan pilih bulu yg diberikan..
hehehe... aku ingat aku sorang aje yg kena rupanya kerepek pun kena hehehehohoho
Post a Comment